“Oh My God, I Love You All” Instagram Priyanka Chopra Kini Cecah 40 Juta Pengikut

Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra terharu apabila Instagramnya meraih 40 juta pengikut. Perkara itu dikongsi Priyanka menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“Biiiiiigggg shoutout to my #InstaFam!!! 💞 You guys have my heart! Sending love and hugs to each one of you for being a part of my journey! ❤🥰 #ILoveYouAll #40MillionStrong #PCManiacs,” tulisnya.

Priyanka menerusi muat naik di Insta Storynya juga turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya.

“Oh my god 40 million, it’s amazing. I still remember since day one I joined Instagram. One by one, all of you such an amazing journey for me. I’m really touch, I love you all and thank you for all your support in my life,” ujarnya.

Selama pelakon cantik ini aktif di IG, Priyanka telah memuat naik sebanyak 2,822 posting sejak akaun itu mula dibuka. Difahamkan, jumlah pengikut IG Priyanka bertambah dengan pantas selepas berkahwin bersama anggota Jonas Brothers, Nick pada 1 Disember tahun lalu.

Foto: Instagram @priyankachopra via gempak

Artikel berkaitan. Hubungan Priyanka Chopra dan Nick Jonas retak?

PELAKON Bollywood yang kini menempa nama di Hollywood, Priyanka Chopra bakal mengambil tindakan undang-undang kepada majalah yang menyiarkan berita kononnya, hubungannya dengan suami, Nick Jonas kini retak.

Menurut sumber terdekat Priyanka yang mengeluarkan kenyataan kepada media antarabangsa, sekiranya dia sudah membuat keputusan itu, tiada apa yang dapat menghalangnya.

“Bila dia dah buat keputusan, tiada apa yang boleh menghalangnya. Priyanka akan berbincang dengan penasihat undang-undangnya dan akan pastikan tabloid ini melutut meminta maaf,” katanya.

Sebelum itu, majalah yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu melaporkan, bintang Quantino itu kini dalam proses bercerai selepas 117 hari berkahwin dengan Nick. Laporan itu juga mengatakan bahawa ahli keluarga Nick kini mula sedar mengenai gaya hidup dan sikap sebenar Priyanka.

Tambah laporan yang diterbitkan minggu lalu itu, pasangan itu juga kerap bertengkar kerana banyak perkara kerana baru melihat peribadi sebenar selepas berkahwin. Bagaimanapun, sumber kepada pasangan itu berkata, berita itu hanyalah khabar angin untuk melariskan jualan majalah terbabit.

Ketika berita khabar angin itu tular, Priyanka dan Nick sedang bercuti bersama di Miami. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *