Pasangan Memilih Untuk Cinta jarak jauh Jadi Trend

Perasan atau tidak, remaja masa kini lebih gemar memilih hubungan cinta jarak jauh. Kewujudan teknologi yang canggih seperti WhatsApp, WeChat dan Facetime menjadi penghubung utama pasangan bercinta. Namun segelintir remaja pula beranggapan hubungan cinta jarak jauh hanya membuang masa kerana ia tidak akan bertahan lama. Alasan biasa yang sering kita dengar sudah tentulah pasangan mudah berlaku curang kerana jarang berjumpa.

Oleh itu, kelompok remaja ini memilih membina hubungan cinta bersama pasangan yang sentiasa dekat sewaktu berada dalam kesusahan. Bagaimanapun, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana zaman sudah berubah dan sepatutnya kita lebih terbuka dalam hal ini. Semuanya tertakluk kepada keteguhan hati. Bercinta dengan jiran depan rumah sekalipun belum boleh menjamin kesetiaannya.

Tahukah anda bercinta jarak jauh menjadikan hubungan lebih matang? Ini kerana anda akan lebih menghargai pasangan sekali gus mendidik diri untuk setia dan percaya antara satu sama lain. Malah perasaan sayang dan rindu juga semakin bercambah membuatkan hubungan kian erat. Gen Y akan kongsikan beberapa sebab kenapa hubungan cinta jarak jauh lebih menyeronokkan.

Mana tahu anda terpikat dengan pasangan yang tinggal jauh dan ada sebab untuk dipertimbangkan. Pertama ialah kerana Pasangan akan bersikap lebih matang. Bercinta jarak jauh menjadikan sikap anda lebih matang daripada usia sebenar. Perkara ini terbukti jika anda berasa tidak perlu berjumpa setiap hari dan hanya bertanya khabar menerusi aplikasi WhatsApp dan sebagainya.

Walaupun ia ibarat mengambil risiko, faktor hubungan jarak jauh menyebabkan keretakan sudah tidak relevan lagi. Sebenarnya, cukup hanya bertanya khabar dan meluahkan rasa rindu. Sesetengah pasangan bercinta yang bertemu setiap hari juga sering memikirkan perkara yang bukan-bukan. Itu menunjukkan hubungan mungkin tidak kekal lama kerana masih bersifat kebudak-budakan dan tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.

Lebih baik fokus kepada kerjaya dan persiapkan diri menerima kelebihan dan kekurangan pasangan yang bakal meniti alam rumah tangga bersama anda nanti. Dan Kedua cinta jarak jauh membuatkan pasagan itu jarang bergaduh. Apabila jarang bertemu, secara automatiknya anda jarang bergaduh atau tidak akan bertelagah langsung.

Hubungan lebih harmoni dan bahagia menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa masalah remeh ini. Malah jika pasangan anda berlaku curang, anda tidak akan tahu kecuali ada ‘pengintip’ yang melaporkan rutin pasangan anda setiap hari. Namun lebih baik anda setia dan menghargai pasangan kerana sekali ditangkap berlaku curang, anda akan ditinggalkan tanpa belas kasihan.

Sifat perempuan, sangat pantang ditipu dan jangan gunakan alasan ikut sunah Rasulullah berpoligami. Ukur baju di badan sendiri, jika hati seorang isteri pun tidak mampu dijaga, bagaimana hendak membahagiakan tiga lagi hati? Daripada tip yang dikongsikan, adakah anda akan pertimbangkan untuk menjalinkan hubungan percintaan jarak jauh? Mungkin perlu cuba untuk sekali seumur hidup! Kredit kepada hmetro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *