Pasangan Rus1a Pelihara Seekor Puma Dalam Rumah Pangsapuri

Mariya dan Aleksandr Dmitriev berkongsi pangsapuri satu bilik bersama seekor puma seberat 90 paun, Messi. Pasangan Rusia tersebut pertama kali melihat Messi di Zoo Saransk di Penza ketika Messi berusia lapan bulan dan memutuskan untuk memeliharanya.

Messi adalah salah seekor daripada tiga ekor anak puma yang dilahirkan di zoo. Dua ekor lagi, Suarez dan Neymar, juga dinamakan sempena nama pemain terkenal untuk merayakan bandaraya Rusia yang menjadi tuan rumah Piala Dunia. Messi dijual ke Zoo Saransk ketika berusia tiga bulan dan mengalami masalah kesihatan. Oleh sebab itu, Dmitriev merayu kepada zoo itu dan bertanya adakah mereka boleh membelinya.

Menurut isterinya, Mariya, Aleksandr, 38 tahun, selalu bermimpi memiliki kucing besar, “Dia selalu berfikir tentang memiliki lynx – tidak pernah puma. Sukar untuk dijelaskan tetapi kami percaya bahawa puma ini adalah sebahagian daripada takdir kami. ”

“Kami mempunyai tiga hari memikirkannya, dan sama ada ia masuk akal untuk memelihara seekor puma di rumah. Tetapi tidak ada yang dapat melawan kehendak kami, ” kata Mariya, 28 tahun, kepada Mirror. “Jadi, kami pergi ke zoo tersebut dan memulakan rundingan untuk membeli Messi. Kami terkejut apabila mereka bersetuju. ”

Penjagaan Messi adalah satu cabaran dalam pelbagai cara. Messi memerlukan perhatian dan rawatan perubatan tambahan,” dia agak lemah dan memerlukan banyak perhatian, “kata Mariya. Walaupun pasangan itu telah berjaya menjaga Messi sehingga sihat, tetapi Messi hanya dua pertiga daripada saiz puma seusianya.

Sama seperti haiwan kesayangan yang lain, Messi memerlukan banyak senaman, itulah sebabnya ibu bapa manusianya membeli abah-abah dan baju khusus untuknya supaya mereka dapat membawanya berjalan.

“Dia seperti anjing. Kami mula membawanya berjalan-jalan, langkah demi langkah. Messi tidak begitu aktif sebelum ini. Sekarang kami membawanya berjalan dua kali sehari. Ia tidak banyak berbeza seperti memiliki seekor anjing, ” kata Aleksandr.

Pasangan itu cuba mencari pelatih haiwan li4r tetapi tidak berjaya. Akhirnya, mereka menemui sebuah sekolah latihan anjing yang dapat Messi hadiri dan kini Messi berjaya memberi respons kepada kira-kira 10 arahan yang berbeza.

Adalah sangat jarang untuk melihat orang memelihara Puma di rumah. Oleh itu, akaun media sosi4l Messi mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Akaun Instagram Messi, @I_am_puma memiliki lebih daripada 500 ribu pengikut dan lebih daripada 170 ribu subscribers di akaun Y0uTubenya.

Walaupun pasangan itu hanya tinggal di apartmen satu bilik, mereka telah melakukan yang terbaik untuk memberi keselesaan kepada Messi. Seperti menukar lorong di rumah mereka menjadi tempat Messi – lengkap dengan pokok, dinding buluh, dan lubang untuk bersembunyi.

Beberapa aktivis haiwan liar dan alam sekitar membantah tindakan Dmitrievs menjaga haiwan eks0tik di rumah dan mengatakan bahawa Messi sepatutnya berada di rizab hidupan li4r atau pusat perlindungan hidupan li4r. Tetapi pasangan itu percaya bahawa Messi tidak akan dapat sesuaikan diri hidup bersama haiwan li4r lain kerana Messi tidak pernah hidup bersendirian di alam li4r.

“Sudah tentu agak berbahaya memelihara seekor puma di rumah, tetapi Messi adalah haiwan istimewa,” kata Mariya. Sumber dari I_am_puma/Youtube, I_am_puma/Instagram, Bored Panda via EraBaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *