Pengasas Dnars mavt kemalangan, dalam perjalanan sampaikan sumbangan di tahfiz Pattani. Ini Rakaman Sayu Video Anaknya.

USAHAWAN kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, men1ngg4l dunia selepas terbabit dalam kem4langan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.

Rakan baik Faziani, Natasha Maria Akhmad berkata, kejadian berlaku membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki pengasas produk kesihatan dan kecantikan Dnars itu.

Natasha yang mengenali Faziani lebih 12 tahun dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi Sabtu waktu Malaysia.

“Kem4langan berlaku semasa Faziani dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberikan sumbangan. Beliau men1ngg4l dunia di tempat kejadian.

“Suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim turut terlibat dalam kemalangan tetapi hanya mengalami keced4raan dan beliau yang memaklumkan kepada saya mengenai berita sedih ini,” katanya kepada mStar.

“Suami Faziani dibawa ke Hospital Pattani dan urusan untuk membawa pulang jen4zh ke Malaysia sedang dijalankan,” katanya dengan nada sebak.

Faziani yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga merupakan penaja utama Anugerah Pilihan Online (APO) yang dianjurkan mStar pada 2016.

Berita tersebut turut disahkan oleh anak Allahyarham Faziani, Iqbar Hakim menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada tengah hari Sabtu.

“Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kem4langan.

“Kepada semua, sedekahkan Al-Fatihah kepada mami, Faziani Rohban Ahmad, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Malah, video anak Allahyarham turut mengundang sebak selebriti tempatan antaranya Wak Doyok, Nadia Brian, Datuk Seri Vida, Lisdawati dan Hafiz Hamidun. Sumber mstar

Kisah Perniagaan Dnars Skincare

Adat orang berniaga, pasti ada kesukaran yang dilalui. Begitu juga dengan Puan Faziani.

Semasa menjalankan perniagaan salon, Puan Faziani turut berniaga beberapa jenama kosmetik bersama rakan kongsi. Beliau terpaksa menutup salonnya kerana ingin menumpukan pada penjualan kosmetik yang memerlukannya bergerak ke sana ke mari.

Pernah ditipu soal duit oleh rakan kongsinya, akhirnya Puan Fuziani bertekad untuk mengeluarkan produk sendiri maka terhasillah jenama Dnars. Produk pertamanya merupakan sabun badan.

Menguruskan perniagaan seorang diri, ditambah pula urusan anak-anak, Puan Faziani memang melalui waktu yang mencabar untuk membina jenama Dnars. Menurutnya agak sukar untuk meyakinkan orang dengan produk yang belum dikenali.

Namun kegigihannya membuahkan hasil apabila produk Dnars semakin diterima dan semakin laris setelah diiklankan di dalam majalah.

Kini, produk Dnars sudah mempunyai lebih 500 stokis dan pengedar di serata negara termasuklah Brunei dan Singapura.

Produk yang dijual adalah produk penjagaan wajah bagi kulit sensitif, jerawat dan jeragat, sabun pencerahan kulit badan, kapsul dan minuman kesihatan berasaskan kolagen.

Sumber: BHARIAN ONLINE / Azhan

Salam takziah kepada keluarga dan semoga semua dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *