“Pengasuh Aafiyah Seorang Jururawat Bertauliah” Akhirnya Terjawab Juga Identiti Gadis Cantik Yang Sentiasa Di Sisi Dato Siti

Cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di pilih sempena perkataan ‘Aafiyah’ di dalam Bahasa Arab bermaksud “segala yang baik-baik.”

Persoalan selama ini telah terjawab siapakan wanita muda yang dilihat sering mendukung dan menjaga Aafiyah. Rupanya wanita yang bernama Dayah ini adalah pengasuh yang merupakan jururawat bertauliah yang dipilih oleh Dato Siti sendiri. Afiyah memanggilnya dengan gelaran kakak.

Dato K dan Dato Siti mengharapkan pendidikan agama dapat diberikan kepada Aafiyah seiring dengan pendidikan yang lainnya. Agak menarik perhatian apabila Dato Siti sendiri tidak mahu puterinya menjadi penyanyi namun tidak menolak jika itu yang ditakdirkan.

Apa yang menjadi perhatian ramai selepas majlis berlangsung satu video yang dimuatnaik oleh blogger hiburan terkenal iaitu Budiey mula vir4l di media sosi4l.

Video yang dimuatnaik di Youtube dengan tajuk “Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi” mula mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan lebih setegah juta. sumber : Budiey / jombaca

Dalam pada itu, artikel berkaitan “Peminat hadiah Aafiyah baju raya.” Fajar 1 Syawal pasti memahat detik indah buat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekeluarga.

Bagi Siti, sambutan hari raya tahun ini cukup meriah buat dirinya dan suami, lebih-lebih lagi selepas kehadiran puteri comel mereka, Siti Aafiyah, yang menjengah dunia lebih setahun lalu.

Jika pada 2018, anak perempuan mereka belum mengerti apa-apa, kini Aafiyah yang baru sahaja meraikan ulang tahun pertamanya, Mac lalu, sudah pandai bergaya. Malah, keletahnya itu sangat mencuit hati. Bukan sahaja si ibu, malah warganet juga seronok melihat gelagat dan aksi si comel di akaun Instagram milik penyanyi lagu Anta Permana itu.

Meskipun Aafiyah masih kecil, namun sebagai ibu Siti berkata, dia mahu anaknya membesar dengan sempurna, lengkap dengan pegangan tradisi, budaya dan didikan agama yang teguh, seiring arus kemodenan yang melingkari diri.

“Walau macam mana moden sekalipun, Siti tetap mahu Aafiyah meneruskan budaya kami amalkan selama ini setiap kali menjelang Ramadan dan hari raya. Siti mahu Aafiyah meneruskan amalan bersedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Siti mahu dia tahu, amalan berkenaan sememangnya dituntut agama.

“Selain itu, Siti juga mahu dia meneruskan tradisi berkumpul bersama adik-beradik, keluarga dan sanak saudara setiap kali tiba hari raya. Itulah masanya untuk merapatkan silaturahim sesama mereka,” katanya kepada BH Online.

Mungkin ada yang beranggapan, sebagai anak kepada penyanyi tersohor, tentunya pergerakan Aafiyah akan terbatas. Dia mungkin tidak sebebas kanak-kanak lain yang boleh beraya bersama kawan-kawan tanpa sebarang sekatan. Ketika diajukan pertanyaan ini kepada si ibu, Siti menafikan dia bersikap paranoid seperti disangkakan sesetengah pihak.

“Jika suatu masa dahulu kita seronok pergi beraya dengan kawan-kawan, Siti juga mahu Aafiyah menikmati pengalaman sama. Siti mahu dia membesar secara normal dan mencipta kenangan tersendiri pada zaman kanak-kanaknya.

“Siti takkan mengawalnya sampai ke tahap hendak mengongkong dirinya di rumah. Bagaimanapun, sebagai anak perempuan, Siti kenalah ambil berat lebih sikit, kenalah tahu siapa kawannya?

“Macam Siti dahulu, kebanyakan kawan adalah anak polis yang juga jiran Siti. Tidak dapat hendak membayangkan bagaimana keadaannya apabila Aafiyah sudah boleh pergi beraya bersama kawan-kawan? Sekarang, dia seronok kerana dapat beraya bersama anak saudara yang sebaya dengannya,” cerita penyanyi berusia 40 tahun ini sambil tergelak kecil.

Mengenai persiapan Aidilfitri, penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini berkata, keutamaan tentunya pada Aafiyah yang semakin membesar dan bergaya. “Selain koleksi Siti sendiri yang direka khas untuk ibu dan anak, Siti juga ada menempah baju daripada pereka lain.

“Memang sudah menjadi niat Siti, jika ada anak perempuan, Siti mahu bergaya sedondon dengannya. Tuhan memakbulkan doa Siti itu. Aafiyah pula memang mempunyai banyak baju dan kebanyakannya adalah pemberian peminat.

“Walaupun mereka tahu Siti mampu, tetapi mereka hadiahkan juga kerana masing-masing seronok berbuat demikian. Paling banyak Aafiyah dapat adalah cekak rambut kerana mereka tahu dia sangat suka menggayakannya,” ujar isteri kepada tokoh korporat, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.

Sepanjang sesi temuramah berlangsung, umpamanya, bakal pewaris SimplySiti ini sangat ceria dan langsung tidak meragam. Barangkali sudah biasa dengan kerlipan cahaya lensa kamera, iaitu sejak dalam perut ibunya lagi, ia membuatkan Aafiyah begitu seronok apabila wajah dirakamkan jurugambar.

Seperti kelazimannya, Siti dan suami meraikan 1 Syawal di Kuala Lumpur dan hanya selepas itu barulah mereka memutuskan sama ada mahu pulang ke kampung atau sebaliknya.

“Saban tahun, memang suami mahu meraikan Aidilfitri di ibu negara kerana dia mahu berkumpul anak-beranak. Siti juga tak pasti sama ada mahu pulang ke Kuala Lipis atau pun tidak kerana dimaklumkan, ibu Siti akan datang ke KL pada hari raya kedua,” kata pemenang Bintang HMI 1995 ini.

Sempena kehadiran hari yang mulia ini juga, Siti turut muncul dengan sebuah lagu berkonsepkan hari raya yang berjudul Ikhlas. Lagu ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna itu menyaksikan Siti berpadu suara dengan penyanyi Indonesia, Nissa Sabyan dan Taufik Batisah (Singapura).

“Projek ini adalah hasil kerjasama antara Apple Music dengan Universal Music Malaysia. Siti tiada masalah untuk merakamkan lagu ini kerana Siti memang minat dengan suara Nissa. Taufik juga seorang penyanyi yang bagus. Bagaimanapun, kami merakamkan lagu ini secara berasingan. “Ia sebuah lagu yang sangat ‘catchy’ dan uniknya adalah apabila ia dinyanyikan oleh tiga pemilik vokal berbeza,” ujarnya. Sumber bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *