Penyampai Radio Ini Upload Foto Pakai Baju Melayu dan Saja Tag KJ. Tapi Abah Balas Menghiburkan Para Pembaca

Penyampai radio GEGAR, Amirul Agam memuat naik sekeping fotonya mengenakan baju Melayu di laman Instagram. Memakai sepersalinan lengkap busana berwarna biru bersama samping, secara berseloroh, Agam telah menyebut (mention) nama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) di ruangan kapsyen.

Selain di ruangan kapsyen, Agam juga telah meletakkan ‘tag’ profil KJ di foto terbabit. “Salam Jumaat. Abang ni jarang pakai nak pakai baju Melayu satu set. “Tapi kalau pakai satu set, orang kata macam abah YB @khairykj. Ye ke abah?” soal Agam. Tidak disangka, KJ memberikan respon terhadap soalan Agam di ruangan komen.

“Jangan mimpi di siang hari,” seloroh KJ. Dalam pada itu, Agam meluahkan rasa terkejutnya di ruangan Instagram Stories kerana tidak menjangkakan yang KJ memberikan respon terhadap fotonya. “Sekali YB @khairykj komen,” tulis Agam. Sehingga kini, komen yang ditinggalkan KJ mendapat 103 ‘likes’. Netiz3n turut terhibur dengan respon yang diberikan oleh KJ kepada Amirul.

Antara yang netz3n komen “i dah kata dah masa on air tadi jgn cari pasal… kan dah kena sound dgn abah khairykj”. Agam bertugas mengendalikan segmen Ceria Pagi Hujung Minggu di stesen GEGAR setiap Jumaat dan Sabtu bermula 6 sehingga 10 pagi. Sumber dari @DiariDunia. Namun cerita lain, sudah adat menjadi figura awam, pasti setiap gerak geri akan diperhatikan.

Kali ini, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang terkenal dengan jiwanya yang sentiasa dekat dengan golongan belia dilihat cuba mengikut trend semasa dengan memuat naik gambarnya yang lengkap berbaju Melayu biru muda, songkok dan samping. Sekali imbas, dua keping gambar yang dikongsikan beliau melalui Instagram Stories sama seperti gambar hari raya umat Islam yang lain.

Namun, deskripsi yang tertera pada gambar-gambar tersebut menunjukkan sisi Khairy yang sporting dengan gelagat anak muda masa kini. Beliau menulis, “Ramai upload (muat naik) gambar berdiri tengah jalan, so (jadi) apa lagi?” Gambar kedua yang dikongsikannya pula berbunyi: “Ramai yang upload (muat naik) gambar OOTD (outfit of the day) tak pandang kamera, so (jadi) apa lagi?”

Outfit of the day adalah istilah yang digunakan oleh pengguna laman sosi4l untuk pakaian yang dipakai pada hari berkenaan. Sumber dari mstar. Begitulah kisah serba sedikit mengenai YB Kj yang sangat diminati dan popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai di luar sana sangat mesra dengan beliau malah sehinggakan ada yang suka meniru gaya beliau. Apa pun semoga YB kekal maintan sebagai ikon Negara yang disukai rakyat Malaysia. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *