Perkara yang harus anda perhatikan ketika melamar

“Jika wanita tersebut berpurdah, hendaklah dia menanggalkan purdahnya untuk dilihat calon lelaki…”. Melamar merupakan satu proses yang menjadi kebiasaan bagi seseorang yang mahu berkahwin. Maksud melamar ialah pertanyaan seseorang berkenaan kesediaan untuk berumah tangga dan memikul tanggung jawab sebagai suami atau isteri. Proses melamar ibarat pintu gerbang sebelum sesuatu pernikahan dijalankan.

Melamar boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Mengikut adat dan kesopanan masyarakat melayu, biasanya proses melamar melibatkan campur tangan pihak keluarga. Tidak seperti adegan melamar barat, melutut di hadapan wanita atau kekasih mereka dengan ayat-ayat manis diikuti penyarungan cincin. Biasanya keluarga pihak lelaki akan bertandang ke rumah keluarga perempuan untuk proses melamar sambil mengeratkan hubungan silaturahim sesama kedua-dua belah pihak.

Selain itu, ketika proses melamar, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Kami sediakan beberapa cara adab melamar yang boleh anda ikuti. Pertama Melihat calon/ wanita. Melihat calon bermaksud kita melihat dahulu calon lelaki atau wanita yang mahu kita nikahi dalam keadaan yang dibenarkan syarie. Jika wanita tersebut berpurdah, hendaklah dia menanggalkan purdahnya untuk dilihat calon lelaki.

Melihat bukan bermaksud berduaan. Mestilah ditemani ahli keluarga yang mahram atau orang yang amanah yang kita percaya kepadanya. ”Dari Anas bin Malik, ia berkata,”Mughirah bin Syu’bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah saw. bersabda,”Pergilah untuk melihat perempuan itu kerana dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua”.

Lalu ia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan ia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Kedua ialah Tidak melamar wanita yang telah dilamar oleh lelaki lain. Adalah haram hukumnya bagi seseorang lelaki melamar di atas lamaran lelaki lain. Ini adalah termasuk jika si wanita tersebut belum memberi keputusan.

Sepanjang dalam tempoh wanita itu berfikir, haram bagi lelaki yang tahu melamar perempuan yang sama sedangkan ia masih dalam tempoh memikirkan atau sudah bersetuju dengan lamaran lelaki yang pertama. “Dari Abu Hurairah, Ia berkata,Rasulullah SAW bersabda,”Seorang lelaki tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang saudaranya”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Namun, jika si perempuan sudah menolak lamaran daripada lelaki yang pertama yang melamarnya, dia sudah tiada ikatan. Jadi, tidak salah jika ada lelaki lain yang mahu melamar perempuan tadi. Ketiga Ialah Wanita yang dilamar bebas daripada segala mawani’ (pencegah) dari sebuah pernikahan. Sebagai contoh, jika perempuan tersebut isteri orang, jadi ia adalah haram dilamar melainkan jika ia sudah bercer4i. Jika sudah bercer4i, tetapi masih dalam keadaan ‘iddah, ia juga adalah dilarang melainkan tempoh ‘iddah si perempuan tersebut sudah habis. Selain itu, wanita yang dilamar juga bukan termasuk dalam mahram si lelaki yang melamar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *