Pilih Pasangan hidup dengan jarak umur yang ideal dapat elak risiko perpisahan

Kajian mendapati perbezaan umur dalam perkahwinan memainkan peranan penting untuk tentukan sama ada rumah tangga itu bahagia atau tidak. Berapa jarak umur suami isteri yang paling selamat? Kajian baru-baru ini mendapati perbezaan umur dalam perkahwinan memainkan peranan penting untuk menentukan kebahagiaan rumah tangga itu.

Pasti anda tertanya-tanya, kalau betul perbezaan umur antara suami isteri memainkan peranan penting dalam perkahwinan, berapa jarak umur yang paling ideal? Konsep untuk mengahwini seseorang yang lebih tua atau lebih muda selalu mencetuskan kontroversi di kalangan kita.Sebenarnya, benda ini ada bagusnya juga. Ini sebab dulu-dulu pada zaman middle-aged, ada banyak kes di mana lelaki berusia boleh mengahwini perempuan yang masih muda.

Ada yang terlalu muda sehingga masih dianggap sebagai kanak-kanak! Perbuatan seperti ini sebenarnya tidak sihat. Oleh itu, Apakah jarak umur suami isteri yang paling ideal? Walaupun terdapat pelbagai isu tentang jarak umur suami isteri, saya percaya jodoh sentiasa di tangan Tuhan dan umur adalah angka semata-mata.

Tapi kajian ini membuktikan sebaliknya!Kajian yang dilakukan di Universiti Emory, Atlanta ini mendapati lebih besar jarak umur antara suami isteri, lebih tinggi risiko pencer4ian. Kajian ini telah menganalisa hampir 3,000 pasangan dan mereka mendapati suami isteri dengan jarak umur 5 tahun ke atas akan 18% cenderung untuk bercer4i. Ini ternyata lebih tinggi berbanding suami isteri dengan jarak umur yang tidak melebihi 2 tahun.

Malah, pasangan yang berbeza umur sebanyak 10 tahun pula 39% cenderung untuk bercer4i. Jika jarak bertambah kepada 20 tahun, semakin tinggi risiko pencer4ian (95%!). Terkejut bukan? Jadi berapa jarak umur yang paling selamat dan ideal? Menurut kajian ini, jarak yang paling selamat adalah sebanyak 1 tahun. Pasangan suami isteri yang berbeza umur 1 tahun hanya memiliki 3% kecenderungan untuk bercer4i.

Ini mungkin disebabkan oleh keserasian dan cara menjalani kehidupan berumah tangga yang dilalui oleh pasangan tersebut. Semakin jauh jarak umur antara pasangan suami isteri, semakin mereka berbeza kerana berlainan generasi. Setiap generasi dibesarkan dengan cara tertentu, maka pandangan mereka terhadap dunia, kehidupan dan perkahwinan juga mungkin berbeza di antara satu sama lain.

Tetapi jangan risau, itu cumalah kajian, anda mungkin dapat menghadapai segala cabaran bersama pasangan anda walaupun anda berbeza jarak umur dengan pasangan anda lebih 1 tahun.

Namun dalam perjalanannya dimana kehidupan pernikahan memang sebuah jalan kehidupan baru yang di dalamnya ada berbagai ujian serta tantangan hasil dari ujian tersebut adalah cermin dari kekuatan cinta mereka, jika berakhir dengan kebahagiaan dan perasaan yang lebih dalam satu sama lain tandanya mereka memiliki kekuatan cinta yang kuat karena berdasar pada Allah.

Demikian artikel kali ini, semoga dapat diambil pelajaran dan bermanfaat untuk menjadikan kita semua orang yang lebih dewasa dalam cinta sehingga memiliki hubungan yang langgeng dengan kelaurga. Terima kasih sudah membaca. Salam hangat dari penulis. Kredit kepada theasianparent.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *