“Rasa macam nk lari balik rumah bila producer suruh nyanyi lagu ni tau”- Nyanyian Amyra Rosli Dipuji Netiz3n

Siapa tidak mengenali Amyra Rosli pelakon yang terkenal dan juga isteri kepada pelakon Amar Baharin. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan seorang putera Aqeef Anaqi yang menjadi pujaan netizen dengan telatah yang comel.

Terbaru Amyra memuatnaik satu video beliau sedang menyanyikan lagu Dato’ Siti dalam sketsa Sepahtu Reunion dan mendapat sambutan dari netizen dan komen positif. Semua menyatakan bahawa suara beliau sangat sedap dan boleh tukar bidang kepada penyanyi.

VIDEO:

KOMEN N3TIZEN:

Sis merdula.. mcm penyanyipun ada

Wahh memang sedap pun admin dengar.. ada bakat ni. boleh diasah lagi. Setuju? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SUMBER: Instagram @aamyrarosli Via Viral Kami

Artikel berkaitan. “Amyra Rosli, Amar Baharin rancang keluarga”

PELAKON Amyra Rosli bersama suami yang juga pelakon, Amar Baharin mengakui merancang keluarga dalam mendapatkan anak kedua. Amyra, 28, berkata, dia mahukan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi yang kini berusia setahun lima bulan menginjak usia tiga tahun sebelum mereka berfikir untuk menambah anak.

“Buat masa sekarang belum ada perancangan mahu tambah anak. Kalau nak anak kedua pun, biarlah Anaqi berusia tiga tahun dulu. Bagi saya, itu tempoh yang sesuai. Apatah lagi, macam sekarang saya dan Amar sedang sibuk. Amar juga bersetuju untuk kami jarakkan usia anak sebelum fikir mahu besarkan keluarga. Kami berfikir banyak perkara sebelum ambil keputusan ini,” katanya.

Dalam masa sama, Amyra berkata, dia juga menolak untuk berlakon dengan suami untuk watak suami isteri. PASANGAN artis, Amar Bahrin bersama isteri Amyra Rosli dan anak, Aqeef Anaqi pada Malam Eksklusif Meletop 2019 di Astro Bukit Jalil.

“Kami menolak watak yang menggandingkan kami sebagai suami isteri. Kalau boleh tidak mahu timbul masalah terutama membabitkan soal hukum syarak. Apatah lagi jika terdapat skrip yang membawa kepada kemusykilan dalam hubungan sebenar kami, ia sebaiknya dielakkan.

“Kalau watak adik-beradik atau apa saja, kami okey asalkan bukan suami isteri. Ini kerana pernah terjadi sebelum ini membabitkan pasangan sebenar yang melakonkan watak perceraian. Perkara itu menimbulkan masalah.

“Kami tidak mahu disebabkan perkara sebegitu kami kena ke mahkamah. Kalau boleh, kami elak,” katanya. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *