Rupa-rupanya dah suami orang, Afiq Muiz dan Pachara Apin bernikah senyap2 semalam

Senyap-senyap rupanya dah selamat jadi suami orang, media hari ini menyiarkan perkhabaran gembira apabila pelakon kacak Afiq Muiz telah selamat bernikah semalam.

Afiq Muiz ,27, telah bergelar suami kepada pelakon baru Pachara Emmanuel Apin ,28, di dalam satu majlis tertutup di Bangi, Selangor yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Saya buat pengumuman rasmi bila tiba masa sesuai. Berita pernikahan itu disahkan sendiri oleh pelakon tersebut, namun pengumuman rasmi masih lagi belum dibuat kerana mahu menunggu masa yang sesuai.

Sah dengan sekali lafaz. Afiq hanya dengan sekali lafaz telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3oo ringgit kepada pengantin perempuan yang berasal dari Sabah.

Turut kelihatan hadir pelakon Syafie Naswip yang juga tunangan kepada adiknya Aishah Azman, serta pelakon Beego bersama-sama meraikan pasangan mempelai di majlis yang serba ringkas.

Selamat pengatin baru diucapkan kepada Afiq dan pasangan, semoga ikatan perkahwinan berkekalan sehingga akhir hayat. Sumber : Mstar Online

Sharing tambahan. Bila bercakap mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja. Semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh Till jannah.

Jadi, bila nak berkahwin semua pasti teruja kerana mahu ‘mendirikan masjid’ dan hidup sebumbung hingga ke akhir hayat. Disebabkan itu, hari ini berbagai trend perkahwinan yang dapat kita lihat. Ada yang suka buat secara besar-besaran di hotel mewah dan berlumba-lumba untuk dinobatkan sbagai ‘Wedding of the year’.

Ada pula yang lebih suka melangsungkan majlis secara bersederhana yang hanya dihadiri saudara-mara dan sahabat terdekat.

Untuk majlis pula, kebanyakan kita menggunakan khidmat jurugambar profesional untuk merakam detik hari bahagia itu dalam bentuk foto dan video. Sesi fotografi pun ada banyak seperti prewedding, resepsi, outdoor dan postwedding. Tinggal untuk anda memilih pakej sahaja. Tidak mengapa, semuanya boleh dibuat sekiranya pasangan pengantin mampu. Apa salahnya kan?

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara untuk suka-suka. Kita berkahwin untuk menghalalkan hubungan sah sebagai suami isteri dan meneruskan legasi keluarga disamping memenuhi tuntutan agama. Anda cuma perlu lebih REALISTIK dan BERSEDIA sebelum menjelangnya hari bahagia.

Perkahwinan bahagia juga memang wujud contohnya perkahwinan Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya. Walau apa pun terjadi para isteri Rasulullah s.a.w tetap berada di sampingnya. Apa yang penting jujur dan jadilah teman baik pasangan SEPANJANG HAYAT. Sumber says

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *