Rupa-Rupanya Isteri Fad Bocey Adalah ‘Adik’ Kepada Jihan Muse

Perkenalan selama dua tahun antara pelawak kumpulan Bocey, Fad dengan “Adik Angkat” kepada pelawak Jehan Muse iaitu Nur Syahirah A. Rahman 21, akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin “Namun, saya tetap juga mengorat dia. Susah sebenarnya nak tawan hati dia dan banyak kali saya kena ‘reject’ tetapi akhirnya dia terima dan kami berkawan,” katanya.

Fad berkata, dia sememangnya berhasrat terus bernikah semenjak mengikut bakal isterinya itu balik ke kampung. “Alhamdulillah keluarga dia menerima dan melayan saya dengan baik. Meskipun dia dan bakal isterinya masih muda, Fad menyatakan mereka sudah bersedia mengharungi alam rumah tangga dan menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.

“Saya rasa diri saya memerlukan seseorang untuk menjaga saya. Kami berdua sebenarnya berjauhan daripada keluarga,” katanya. Sementara itu, Syahirah yang turut hadir pada majlis tersebut ketika ditanya tarikan Fad, dia menyatakan kesungguhan pelawak itu tidak jemu-jemu cuba mengambil hatinya membuatkan dia yakin untuk menjalinkan hubungan cinta.

“Mula-mula memang saya tidak suka pada dia tetapi dia selalu mesej saya. Kesungguhan dia itu yang membuka hati saya untuk terima dia,” tuturnya yang turut memberitahu menangguhkan pengajian selama 6 bulan untuk menguruskan persiapan perkahwinan.

Sungguhpun menyedari bakal suaminya itu seorang selebriti, Syahirah mengakui dirinya seorang yang cembvru. “Saya sudah bersedia menempuh hidup sebagai seorang selebriti tetapi saya akui seorang yang kuat cemburu,” katanya tersenyum sambil melirik ke arah Fad.

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih. Sumber : limau manis

Artikel berkaitan. “Puas jenaka, Fad Bocey nyanyi pula”

KUALA LUMPUR: Selepas Achey ‘meledak’ dengan single Yang Terindah, rakan seperjuangannya, Fad Bocey pula mengikut jejak sama dengan mempertaruhkan lagu duet bersama Raqib Majid berjudul Bila Pergi.

Berkongsi cerita di sebalik single yang diciptanya bersama Sang Kudus, Fad mengaku sudah lama menyimpan hasrat merakamkan lagu serta menguji kebolehan menjadi ‘rapper’.

“Saya fikir tahun ini masa terbaik untuk rakam single. Saya dapat ilham mencipta lagu ini selepas dikurniakan isteri dan tiga cahaya mata. Secara umum, lagu ini menceritakan luahan insan yang berharap dirinya tidak dilupakan apabila sudah tiada.

“Saya tujukan lagu ini buat isteri dan anak-anak. Bagi orang lain, mereka boleh dedikasikan lagu ini kepada kekasih, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang disayangi. Ini juga hadiah buat peminat yang sudah lama berharap saya merakamkan lagu,” katanya kepada BH Online.

Menceritakan lebih lanjut mengenai single Bila Pergi, Fad berkata, lagu menggabungkan genre balada dan rap itu dicipta ketika bermain gitar. “Lagu ini secara peribadi sangat istimewa kerana dizahirkan dari hati… Bukan ciptaan kosong semata-mata.

“Sejak pandai bermain gitar, saya selalu mencuba ‘jamming’ lagu ini sehingga terbit melodinya,” katanya yang melancarkan single itu di YouTube sejak kelmarin. Mengenai pemilihan Raqib sebagai rakan duet, Fad berkata, keserasian menjadi faktor kerjasama antara mereka terjalin.

“Saya dan Rajiq rajin ‘jamming’ bersama. Kami banyak berkongsi rasa. Selalunya, aliran pemikiran kami sama dan sering bantu-membantu,” katanya. Fad yang juga calon kategori Penyampai Radio Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31 mengaku mencabar diri mencuba bidang lain seperti nyanyian.

“Saya tak mahu membataskan diri dengan melawak saja. Disebabkan itulah saya mencuba nasib menjadi penyampai radio dan hos serta nyanyian,” katanya. Mengenai peluangnya pada ABPBH 31, Fad atau nama penuhnya, Muhamad Fadzlie Mohd Nizam enggan meletakkan harapan menggunung.

“Kalau terpilih dalam kalangan Top 5 sudah cukup baik. Semuanya terserah kepada peminat dan pengundi. Untuk menang itu saya fikir mustahil kerana persaingan sengit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fad mengaku masih bersama anggota Bocey biarpun Achey dan Abam bergerak mencari rezeki sendirian. “Kami masih ada persembahan bersama cuma tak muncul dalam televisyen (TV). Ada juga perancangan projek bersama cuma belum dapat dipastikan,” katanya. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *