Saat Sebak Penyingkiran Peserta Master Chef Indonesia Bertukar Kelakar Gara-gara Bulu Mata Tertanggal

Semalam kec0h di media sosi4l Indonesia mengenai satu video yang tul4r dimana telah mengundang reaksi pelbagai pihak. Ini kerana sesuatu yang sepatutnya diselubungi perasaan emosi yang sedih tiba- tiba bertukar menjadi lucu.

Jom ikuti perkongsian tersebut. Dah elok-elok nangis, tiba-tiba semua ketawa! Setiap acara pasti terjadinya insiden-insiden yang tidak diduga, sama seperti ketika program MasterChef Indonesia 2019 ini.

Ketika saat pengumuman salah seorang peserta yang tersingkir, Saniy Nuzul, terjadi satu kejadian yang menggelikan hati. Mana tidaknya, salah seorang peserta program berkenaan, Lita, dilihat sedang mengusap air mata saat tersingkirnya Saniy.

Namun, saat sedih program yang disiarkan secara langsung itu nyata bertukar kepada kelakar apabila bulu mata Lita dilihat tertanggal dan menyebabkan ketiga-tiga juri iaitu Chef Juna, Chef Renatta dan Chef Arnold ketawa.

Menyedari bulu matanya tertanggal, Lita cuba melindungi wajahnya daripada kamera yang sedang merakamkan beliau.

(video) kerana bulu mata tertanggal, momen sedih boleh tukar jadi kelakar

Min tengok pun tak tahu nak gelak ke apa. Kesian pun ada. Ha girls luar sana yang suka pakai bulu mata palsu tu hati- hati la kalau tengah menangis tu. Takut terkeluar bulu mata palsu tu. Kantoi ler cenggitu. huhu

Sumber: Oke via era (malaysia)

Artikel berkaitan ‘Hati-hati tanggal bulu mata palsu’

Bulu mata palsu sebahagian aksesori solekan dan ia mampu menjadikan wajah kelihatan lebih anggun, terutama bagi mereka yang memiliki bulu mata nipis, tidak lentik atau jarang. Ia menjadikan mata lebih galak dan boleh didapati dalam pelbagai potongan bagi disesuaikan dengan bentuk mata berbeza.

Setiap bulu mata palsu mempunyai keistimewaan tersendiri dan bagi yang berkualiti tinggi serta dibeli pada harga mahal, tentu kita tidak sampai hati memakainya secara pakai buang.

Sememangnya bulu mata palsu boleh digunakan semula, malah ada kalanya boleh bertahan dalam jang­ka masa lama, bergantung cara penjagaannya. Menurut jurusolek profesional, Kelrina Mohamed, bagi memastikan bulu mata palsu tidak rosak dan dapat dipakai semula, ia perlulah ditanggalkan secara berhati-hati ketika hendak mencuci solekan mata.

Selain bulu mata dapat digunakan semula, cara menanggalkan secara lembut akan mengelak keced3raan pada kelopak mata. “Pemilihan gam lekatan bulu mata palsu juga amat penting dan perlu diberi perhatian sekiranya mahu jangka hayat bulu mata palsu itu bertahan lama.

“Jangan beli gam hanya kerana ia murah sebaliknya pilih yang mampu memberi lekatan lembut dan mudah dicuci. Gam yang murah atau sembarangan bukan saja merosakkan bulu mata palsu tetapi ia juga boleh memberi reaksi negatif pada kulit dan mungkin menyebabkan ia mengalami kerengsaan,” katanya.

Katanya yang juga pemilik Kelrina House of Fashion di Anggerik Mall, Shah Alam, pemilihan gam yang betul juga penting bagi mengelak bulu mata asli daripada terkesan dengan bahan kimia yang ada dan mengalami kegvguran.

Kelrina berkata, apabila bulu mata ditanggalkan dengan lembut, teksturnya dan bentuknya juga tidak ‘lari’, membuatkan ia tetap terletak cantik setiap kali dipakai semula.

“Bulu mata palsu juga perlu dibersihkan dan disimpan semula di dalam bekasnya supaya tidak terdedah pada persekitaran yang merosakkannya. Setiap bulu mata palsu boleh dipakai berhari-hari dan mampu bertahan seminggu atau dua minggu, bergantung cara penjagaannya,” katanya. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *