‘Saya okay saja’ Ain ‘Afini akui Memang ustaz ada cakap nak rujuk Tetapi..

“SAYA lega kerana semuanya sudah selesai, tumpuan kini kepada diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Syukur berkat sokongan keluarga, emosi saya terkawal dan reda dengan ketentuan ini,” kata Ain ‘Afini Latif, 23, yang sah dicer4ikan dengan t4lak dua semalam.

Dia sah dicer4ikan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25. Ain berkata, dia akan menuntut nafkah untuk anaknya selepas kelahiran bayi itu yang dijangka pada 10 Julai ini.

Katanya, selepas percer4ian itu, PU Abu menyatakan kekesalan terhadap perbuatannya dan mahu mereka rujuk kembali sebagai suami isteri namun dia masih belum bersedia.

“Memang ustaz ada cakap nak rujuk semula tetapi buat masa ini saya tak mahu. Saya nak bersalin dengan tenang dan saya okay saja. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai dan saya sedang membuat persediaan untuk bersalin. Kandungan saya sudah berusia lapan bulan dan insya-Allah ia adalah bayi lelaki.

“Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan saya akui mungkin ada kesilapan daripada saya juga,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Ain masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Sains Kemanusiaan.

Pasangan itu pernah bercer4i pada Januari lalu dan rujuk semula sebulan kemudian. Pada 13 Mac, PU Abu melafazkan cer4i kali kedua menerusi aplikasi Whatsapp dan Ain melaporkan pada mahkamah pada 2 Mei.

Kes mereka dibicarakan semalam. “Pada awal kes ini dibicarakan, saya terkejut apabila hakim putuskan hubungan suami isteri kami masih sah memandang saya tahu lafaz cer4i yang dibuat itu memang dengan niat.

“Namun saya akur dengan keputusan itu sehinggalah ustaz menghubungi saya dan minta datang semula ke mahkamah pada petang semalam kerana ustaz baru teringat ada beberapa perkara yang dia tidak kemukakan kepada pihak mahkamah.

“Dengan maklumat tambahan itu maka terjatuhlah tal4k dan saya merelakan percer4ian ini serta menerimanya kerana benda dah nak jadi. Tak apalah, saya reda. Saya tidak mahu lagi berada dalam tekanan, keluarga juga bersetuju dengan keputusan saya ini,” katanya.

Kisah PU Abu tul4r apabila mencer4ikan isteri yang sedang hamil untuk berkahwin dengan seorang janda yang juga usahawan kosmetik. Semalam, mahkamah memutuskan bahawa hubungan mereka masih kekal sebagai suami isteri namun keputusan itu ditukar selepas PU Abu mengemukakan maklumat tambahan pada sebelah petang. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *