‘Saya silap, saya masih sayangkan isteri & ingin hidup bersamanya’ PU Abu sanggup Bersumpah, Lafaz C4rai Tidak Sah

Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar hari ini mensabitkan t4lak yang dilafazkan oleh bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.

Keputusan itu dibuat selepas Abu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia tidak berniat untuk bercer4i ketika menghantar mesej tersebut.

Terdahulu, Ain ‘Afini memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Klang bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos 2018, berselisih faham dan bercer4i tal4k satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019, sebelum kembali rujuk sebulan selepas itu.

Namun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cer4i dari Abu dari mesej di WhatsApp yang meningg4lkannya di rumah selama seminggu. Selain itu, Ain ‘Afini juga menerima permintaan dari Abu yang meminta dia memudahkan semua urusan percer4ian.

Bagaimanapun hari ini Abu memaklumkan dia tidak berniat untuk bercer4i secara total dan bertindak demikian kerana faktor keadaan yang memaksanya.

Hakim: Kamu ada taip WhatsApp tersebut?, Abu Sufyan: Iya, Hakim: Kamu ada taip mesej dan baca dalam hati?, Abu Sufyan: Iya, Hakim: Kamu sedar pada masa itu?

Abu Sufyan: Sedar, Hakim: Adakah kamu dipaksa?, Abu Sufyan: Keadaan yang memaksa, Hakim: Tetapi kamu tidak dipaksa?, Abu Sufyan: Tiada, Hakim: Kamu ada niat untuk mencer4ikan isteri sewaktu menghantar mesej tersebut?

Abu Sufyan: Tidak. Saya tidak berniat untuk mencer4ikannya, Hakim: Ada kamu lafaz yang lain?, Abu Sufyan: Tidak ada. Hakim: Kami sanggup bersumpah, Abu Sufyan: Iya.

“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini. Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Hakim Nurulazhar sebelum itu menolak permohonan Abu yang meminta media dan orang awam berada di dalam mahkamah agar tidak mendengar kes perbicaraannya kerana isu sensitif dan meng4ibkan.

Sementara itu, Ain ‘Afini yang dijangka bersalin pada 10 Julai depan menangis teresak-esak selepas mahkamah membuat keputusan itu, sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh kedua ibu bapa dan keluarganya. Sumber: Harian Metro, Sinar Harian via thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *