“Sayalah Yang Tolong Garukan Gatal-Gatal Dialami Fazura” – Fattah Amin

Lama rasanya tak dengar berita mengenai pasangan merpati dua sejoli, Fattah Amin dan Nur Fazura kan! Korang konfem lah selalu ‘stalk’ rutin harian pasangan romantis ini di Instagram mereka.

Tapi korang tahu tak yang Fazura dimasukkan ke hospital baru-baru ini? Fazura sakit apa pulak ni? Menurut laporan Utusan Online, Fattah mengakui Fazura mengalami alahan namun sehingga kini tidak pasti puncanya.

Alahan itu menyebabkan Fazura mengalami gatal-gatal pada kulitnya tapi Fazura memang bertuah taw! Fattah tolong garukan gatal-gatal yang dialami isterinya, sweet terokss weh!

“Kasihan isteri saya, tubuhnya jadi gatal-gatal tetapi sehingga kini tak tahu apa punca atau makanan apa yang menjadi penyebabnya.

“Sayalah yang tolong garukan gatal-gatal dialaminya, kadangkala tak sampai hati pula sebab takut luka kulitnya. Insya-Allah kami akan mendapatkan rawatan pemeriksaan lanjut” Team Oh Hangat doakan Fazura cepat sembuh ye, min pun nak cari bakal suami macam Fattah lah! Eh! Sumber ohhangat

Artikel berkaitan: “Fattah mohon dijauhkan perkara syirik”

FATTAH AMIN menegaskan, gangguan kesihatan yang melanda Fazura baru-baru ini bukan disebabkan oleh alahan kehamilan sebaliknya kerana tersalah makan.

Selasa lalu, Kosmo! sempat bertemu dan mewawancara pelakon Fattah Amin pada acara pelancaran telefon pintar OPPO F1 Pro. Sekali lagi, pelakon yang cukup popular menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu dilantik sebagai duta produk berkenaan.

Bercerita tentang perkembangan seninya, Fattah atau nama sebenarnya, Abd. Fattah Mohd. Amin, 28, bakal terlibat dalam sebuah projek drama untuk tayangan TV3 tidak lama lagi.

Bergandingan dengan Amyra Rosli dan diarahkan oleh pengarah, Raja Mukriz, drama berkenaan dijangka mengisi slot Samarinda. Bersyukur rezekinya masih lebat biarpun telah berstatus suami orang, Fattah juga dalam perancangan untuk melancarkan lagu berjudul Isterimewa dalam versi akustik demi memenuhi permintaan peminat.

Dia turut diajukan pertanyaan tentang kondisi kesihatan bekas pengurusnya, Faslie Subari yang didakwa diganggu perbuatan sihir, bagaimanapun Fattah enggan mengulas lanjut namun mengakui tahu mengenai perkara tersebut.

KOSMO!: Boleh kongsikan perkembangan seni terbaharu anda? FATTAH AMIN: Tidak lama lagi, saya akan memulakan penggambaran untuk drama terbaharu untuk TV3. Rasanya memang sudah agak lama saya tidak berlakon drama yang disiarkan TV3, bila kali terakhir pun saya lupa.

Alhamdulillah, drama itu akan mengisi slot Samarinda. Saya berlakon bersama Amyra Rosli bawah arahan pengarah Raja Mukriz. Tajuknya belum boleh didedahkan. Bagaimana progres lakonan untuk tahun 2019? Selepas berkahwin, karier anda sedikit menurun suhunya.

Memang saya sendiri yang memutuskan tidak mahu terlalu banyak terlibat dalam bidang lakonan selepas berkahwin. Kalau ada pun, hanya satu atau dua projek dalam masa setahun. Saya tidak mahu orang fikir, asyik muka saya sahaja keluar televisyen walaupun semua itu adalah rezeki. Tahun lalu, saya hanya terlibat dalam sebuah drama iaitu Isteri Untuk Disewa. Tahun ini, mungkin satu atau dua drama sahaja. Insya-Allah.

Bagaimana pula dengan kerjaya nyanyian? Saya akan lancarkan lagu Isterimewa versi akustik. Saya sangat gembira dengan penerimaan peminat yang sentiasa menyokong kerja seni saya walaupun sudah bertukar status menjadi suami orang.

Maaf bertanya, adakah anda tahu tentang kondisi kesihatan bekas pengurus, Faslie Subari yang didakwa terkena perbuatan sihir? Saya tahu tentang perkara itu tetapi kerjaya seni saya sekarang tidak lagi diuruskan olehnya. Jadi, saya tidak boleh komen lebih.

Sebagai seorang Muslim, adakah anda percaya dengan perkara mistik? Tidak boleh dinafikan, benda atau amalan tidak elok memang wujud dalam masyarakat. Buat saya sendiri, perlu ada kekuatan dalaman.

Jangan tinggal solat dan mohon daripada Allah agar dijauhkan daripada ilmu hitam atau perkara sy1rik. Setiap kali selepas mengerjakan solat, saya sentiasa berdoa agar kehidupan saya dan keluarga sentiasa dilindungi daripada perkara sebegitu.

Tempoh hari, isteri anda (Fazura) mengalami alahan yang agak teruk, jadi bagaimana keadaannya sekarang? Kasihan dia. Itulah pertama kali dia dimasukkan ke hospital disebabkan masalah alahan. Saya tidak tahu apa yang dimakannya sehingga terkena alahan.

Bagaimanapun keadaannya sudah okey. Teruk juga alahan yang dihadapi Fazura sehinggakan dia mengalami gatal-gatal pada seluruh badan. Saya yang tolong garukan (ketawa). Masuk hospital sebab alahan. Belum hamil lagi. Sumber kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *