“Sayang, Larat Tak Nak Pakai Tudung” Tunang Eyra Hazali ‘Tanya’ Dulu Sebelum Vide0 Call, Sweet Betul

Pelakon, Eyra Hazali memuji tindakan tunangnya, Haziq Nazli yang memintanya supaya mengenakan tudung dahulu sebelum membuat panggilan video. Katanya, apa yang dibuat si tunang yang juga merupakan penjaga gol bola sepak negara itu sesuatu yang bagus kerana menghormatinya sebagai wanita berhijab.

Eyra berkongsi perbualan Whatsapp tersebut di laman Twitter miliknya. “Bagus tanya dulu,” tulisnya. Menerusi perbualan Whatsapp itu, Haziq bertanya kepada Eyra adakah dia larat memakai tudung sekiranya dia ingin membuat panggilan video.

“Sayang larat tak nak pakai tudung. Video call dengan I kejap,” tulisnya. Melihat di ruangan kom3n rata-rata netiz3n memuji pasangan ini yang menghormati privacy antara satu sama lain. Untuk pengetahuan, Haziq kini sedang mewakili negara bagi saingan Piala AFF Bawah 22 Tahun yang berlansung di Kemboja. Sumber Twitter Eyra Hazali via media hiburan

Berhijab bukan kerana nak kahwin – Eyra Hazali. KUALA LUMPUR: Selepas setahun ‘berperang’ dengan perasaan sendiri selain hati yang belum cukup kuat, akhirnya pelakon, Eyra Hazali membulatkan tekad berhijab. Bintang drama rantaian popular, Mr Grey itu mengaku selama ini dihantui rasa bersalah memikirkan kewajipan menutup aurat yang dituntut agama.

“Niat untuk berhijab sudah lama disimpan sejak setahun lalu. Bagaimanapun, ketika itu, saya masih ‘berperang’ dengan perasaan sendiri. Ini kerana hati belum cukup kuat untuk membuat keputusan (berhijab). Saya terlalu memikirkan nasib kerjaya dan pandangan orang lain.

“Bagaimanapun, selepas terbaca sepotong ayat berkaitan hidayah yang diberi Allah, selain tidak mahu berterusan memalit dosa kepada bapa jika tidak menutup aurat, akhirnya, subuh kelmarin, saya memutuskan memakai tudung,” katanya kepada BH Online. Mengulas reaksi diterima selepas penampilannya berubah, Eyra atau nama penuhnya, Hazirah Qasalina Hazali, 20, memberitahu, ramai yang terkejut dengan imejnya sekarang.

“Keluarga termasuk tunang saya terkejut. Mereka meminta kepastian apakah saya benar-benar bersedia dengan keputusan yang dibuat. Saya sebenarnya bimbang selepas melihat apa yang berlaku sejak kebelakangan ini… Tetapi saya yakin Allah akan bantu. Saya memakai hijab atas kerelaan sendiri, bukannya kerana mahu berniaga tudung atau hendak kahwin,” katanya ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2019 di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Eyra yang juga tunang kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, 21, memberitahu mereka bakal disatukan, November depan. “November dipilih kerana ia bulan yang sangat istimewa buat kami. Sebagai pemain bola sepak, dia susah hendak mendapat cuti panjang. Hanya akhir tahun dia boleh bercuti.

“Tarikh sebenar majlis masih dirahsiakan… Insya-Allah, Ogos depan saya umumkan,” katanya. Eyra dan Haziq mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu selepas setahun bercinta. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *