“Sebenarnya Kurang Gemar Prewedding Vid3o, Dulu Pun Tiada” Prewedding Vid3o Fasha Aidil Jadi Perhatian

Pelakon Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Aidil Aziz baru sahaja memuat naik sedutan rakaman video pra perkahwinan mereka. Meski tidak berapa gemar berlakon di daam video pra perkahwinan, Fasha akhirnya akur atas permintaan dengan syarat.

“Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je,” tulis Fasha.

Video hasil CST Production yang dikembangkan ideanya menerusi hasil perbincangan itu merakamkan Fasha dan Aidil berada dalam suasana desa. “Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang.

“Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. Tak sabar nak tengok hasilnya… Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang,” kongsi Fasha yang turut memberi kredit kepada semua pihak terlibat.

Turut sama kelihataan di dalam sedutan video berkenaan ialah dua anaknya, Rayfal dan Jemyma. Sementara menerusi posting sebelumnya pula, pelakon Teratai Kemboja ini turut berkongsi rakaman pendek salah satu babak yang dilakonkan. Terdahulu, pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu. Foto dari Instagram Fasha Sandha via MH

Fasha bersederhana buat persiapan kahwin. KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha, mengaku bersederhana dalam membuat persiapan perkahwinannya dengan Aidil Aziz, hujung bulan depan. Menurut bintang Teratai Kemboja itu, dia sebaliknya lebih mengutamakan kehidupan dan tanggungjawab selepas bergelar isteri.

“Setakat ini, tidak sampai 30 peratus persiapan dilakukan kerana saya memang sibuk dengan kerja lakonan. “Lagipun saya berasakan, semua wanita yang pernah mendirikan rumah tangga atau berstatus ibu tunggal akan berfikiran sama dengan saya, iaitu lebih bersederhana jika berkahwin semula.

“Apa yang lebih penting adalah kehidupan dan tanggungjawab selepas perkahwinan, terutama dari aspek fizikal dan mental,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, di Balai Berita, di sini hari ini.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, 34, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid di kampung halamannya di Perlis. “Selepas itu, sebuah majlis resepsi akan turut diadakan di sana. Majlis sebelah keluarga saya diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

“Insya-Allah, acara besar-besaran akan diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, di sebelah keluarga Aidil,” katanya yang ditunangkan dengan pelakon terbabit pada 18 November tahun lalu. Fasha bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci tarikh pernikahan dan persandingan mereka. Dalam perkembangan lain, Fasha dilantik sebagai juri jemputan dan ahli panel untuk sesi uji bakat DFKL 2019 di samping Ashraf Muslim. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *