Sedapnya Nama Anak Kedua Syamsul Yusuf, Cantik Betul Maknanya!

Pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada pukul 3.30 petang semalam (Sabtu). Bayi perempuan seberat tiga kilogram itu diberi nama Sumayyah.

“Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki. Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi. Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

“Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

Syamsul turut memuat naik dua keping foto bersama puterinya itu. Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syaikhul Islam, 2 tahun.

Sumber astro gempak. Alhamdulillah Syukur semuanya selamat. Admin ambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan selamat berpantanng kepada isteri. Semoga baby membesar dengan sihat dan ceria selalu.

Artikel berkaitan. Sebelum anak kedua dilahirkan. Inilah perasaan yang dihadapi Syamsul semasa isterinya hamil anak ke 2. Artikel bertajuk “Anak Pertama Dulu Rasa Teruja, Tapi Bila Anak Kedua Ni…”- Syamsul Yusof

Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof akui lebih matang menjadi seorang bapa selepas isterinya, Puteri Sarah Liyana hamil anak kedua. Menerusi laporan HLive, Syamsul memberitahu dia perlu buat lebih banyak persediaan sebelum menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Saya tidak tahu orang lain bagaimana tapi, saya boleh kata jika anak pertama dulu rasa teruja dan tidak sabar hendak menanti kelahirannya tapi bila anak kedua ni lain pula.

“Masih lagi rasa teruja untuk anak kedua, cuma ia buat saya berfikir adakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaganya sedangkan anak yang pertama masih lagi dalam fasa aktif.

“Anak saya sekarang sangat lasak dan bijak sekarang ni jadi saya perlu bersedia untuk semua itu nanti. Bagaimanapun, itulah kehidupan dan saya perlu matang untuk menempuhnya nanti,” katanya.

Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam Mohd Shamsul berusia setahun.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Sumber gempak. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *