“Sejak Bila Dia Kelakar Ni Weyhh….” – Digelar Ratu Pickupline Baru, Amyra Rosli Berjaya Buat Shuib Terkedu

Seperti yang semua tahu, setiap Jumaat pasti akan ditayangkan rancangan Sepahtu reunion Live yang menampilkan kumpulan sepahtu bersama seorang artis jemputan baru untuk setiap minggu. Terbaru untuk minggu ini, artis yang dijemput untuk memeriakan lagi rancangan tersebut adalah Amyra rosli dan juga Aaron Aziz.

Namun apa yang menarik perhatian malam semalam adalah watak yang dibawa oleh Amyra Rosli sebagai jannah anak kepada Tauke kedai runcit.

Watak jannah yang dibawa oleh Aamyra Rosli telah berjaya menghiburkan penonton dengan lawak ‘pickupline’ yang dilontarkan secara spontan olehnya. Satu video yang mengumpulkan semua pickupline yang dibuat oleh Aamyra rosli telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosi4l twitter.

Mari kita saksikan video adegan Aamyra dalam rancangan tersebut.

VIDEO:

Komen netiz3n;

Weyhh sejak bila dia kelakar dohh??

Lagi lawak dari Rahim lak tu…

Apa yang Amar dah buat kat dia ni?…

Aamyra Rosli telah berkahwin dengan pelakon Amar Bahrin dan dikurniakan seorang anak bernama Aqeef Anaqi. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @ Antara Kau Aku dan Dia

Sumber: Twitter @thesemut/IG @sepahtureunionliveofficial

Artikel berkaitan. Tunjuk Kebolehan Memasak, Peminat Puji Amyra Rosli Pandai Jaga Tekak Suami

Tunjuk Kebolehan Memasak, Peminat Puji Amyra Rosli Pandai Jaga Tekak Suami. Selepas melangsungkan perkahwinan pada 11 November lalu, pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin terus menjadi perhatian peminat.

Ramai yang memuji kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan pengantin baru ini dan mendoakan agar hubungan merpati dua sejoli ini bahagia ke akhir hayat. Terbaru, menerusi kemaskini laman sosial Instagram milik Amyra, pelakon drama bersiri Cik Bunga Encik Sombong ini menyerlahkan kebolehannya memasak.

Memasak tiga jenis resipi iaitu ikan siakap masak stim, sambal terung dan bergedil daging, ramai peminat memuji kehebatan Amyra ‘bersilat’ di dapur. Ramai pengikut laman Instagram Amyra meninggalkan kata-kata positif di ruangan komen. Malah ada di antara peminat yang mahu Amyra menghantarkan makanan di rumah mereka.

Di samping itu, ada juga peminat yang memuji Amyra pandai menjaga tekak dan perut suami tersayang. Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Amyra bersama Aaron Aziz, Isteri Tuan Ihsan kini sedang hangat ditayangkan. Jangan lupa saksikan drama bersiri ini setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *