Sejarah Nasi Kandar Sebagai Sarapan Pagi

Nasi Kandar sememangnya terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai salah satu hidangan yang digemari semua. Kini ramai di antara kita yang tidak akan sah dikenali sebagai rakyat Malaysia seekiranya kita tidak pernah minum teh tarik di restoran atau warung mamak sambil menikm4ti hidangan nasi kandar. Nasi kandar dimakan pada waktu tengahari atau malam, dengan pilihan lauk pauk daripada daging, ayam, ikan, udang, sotong dan sayur bersama kuah kari kegemaran.

Hidangan menjadi sempurna dengan disirami kuah banjir. Tetapi, tahukah anda hidangan terkenal di Malaysia ini pada mulanya berasal daripada hidangan sarapan pagi yang dinikm4ti golongan bawahan dan kurang berkemampuan? Sejarah nasi kandar bermula pada abad ke-19 sebagai hidangan sarapan pagi bagi buruh asing dan kuli dari India yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Dan ia bermula di Pulau Pinang. Sejak abad ke-19, Pengkalan Weld Quay di Pulau Pinang sudah terkenal sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa yang berkembang pesat. Akibatnya, ramai penghijrah dari negara India dan China datang bekerja di pelabuhan tersebut sebagai buruh dan kuli. Oleh kerana buruh dari India ini bekerja kuat siang dan malam di pelabuhan, mereka memerlukan hidangan pemberi tenaga yang cepat dan mudah disediakan dengan kos yang sangat minima.

Melihat peluang membuat wang yang banyak di hadapan mata, beberapa orang pekerja India Muslim atau ‘mamak’ telah mengambil inisiatif memasak hidangan nasi putih dengan lauk pauk yang ringkas dan murah di dalam bekas dan periuk yang diisi ke dalam bakul besar lalu dibawa ke pelabuhan menggunakan kayu pengandar.

Hidangan itu merupakan nasi putih yang ditanak sempurna bersama lauk kari ayam atau kari ikan bersama sayur terung dan kacang bendi. Sepinggan nasi putih dan kari dijual dengan harga 5 sen. Oleh kerana ia hidangan pemberi tenaga di waktu pagi yang lazat dan menyelerakan lagi murah, para pekerja akan berkumpul menikm4ti hidangan nasi kandar ini sebelum memulakan tugas masing-masing di pelabuhan.

Perkataan ‘nasi kandar’ bermaksud ‘nasi yang dikandar atau dibawa di atas bahu’. Kandar dalam bahasa urdu bermaksud ‘bahu’, merujuk nasi dan lauk yang dibawa dan dijaja oleh penjualnya dengan meletakkan kayu pengandar di atas bahu. Penjaja nasi kandar akan membawa nasi dan lauk ini di dalam bakul besar yang dikandar dengan berjalan kaki dan menjualnya kepada sesiapa sahaja yang teringin menikm4ti hidangan ini di waktu pagi.

Nasi kandar menjadi hidangan mudah yang sangat popular sehingga ia menjadi perniagaan yang menguntungkan. Pembukaan restoran nasi kandar bermula pada tahun 1970-an dan bermula dari situ ia dikenali sebagai ‘restoran mamak nasi kandar’ yang kita kenali kini. Hari ini, restoran nasi kandar berkembang maju dan terdapat ratusan restoran nasi kandar di seluruh negara dengan pelbagai pilihan juadah nasi dan lauk pauk.

Walaupun perniagaan nasi kandar telah berubah status, kita tidak dapat menafikan nasi kandar amat sesuai dimakan tidak kira masa sama ada pada waktu sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam, dan tidak terkecuali hidangan larut malam.

Seekiranya ada orang mengatakan anda seorang yang pelik kerana memakan nasi kandar pada waktu pagi, anda boleh terangkan kepada mereka asal usul nasi kandar itu sebenarnya bermula sebagai sarapan pagi. Dan memakan nasi kandar pada waktu pagi itu sebenarnya adalah perkara yang normal dan lebih menyihatkan. Sumber dari World of Buzz & Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *