Sekali Lagi ‘Kantoi’, Kini Aliff Aziz Ambil Tindakan Padam Gambar Bella Astillah

Masih belum reda lagi masalah rumah tangga Bella Astillah dan Alif Aziz. Ingatkan dah jumpa jalan penyelesaian tapi nampaknya semakin parah. Bila jenguk ke Instagram Aliff Aziz, tiada langsung gambar Bella seperti sebelum ini.

Dah padam? Tak tahu apa motifnya, mungkin rungsing atau nak tunjuk sudah tiada lagi cinta buat isterinya itu? Namun bila jengah ke Intagram Bella, masih bersepah gambar Aliff Aziz di situ.

Sementara itu melalui IG Story, Bella nampaknya meminta seorang individu yang kemungkinan besar ditujukan kepada Aliff Aziz supaya berhenti menyebarkan cerita kononnya dihalau dari rumah.

Foto: IG via mStar Online

“Berhenti beritahu orang yang saya halau. Saya dibesarkan dengan baik oleh kedua orang tua saya, mereka ajar saya adab. Di mana kamu berada beberapa hari ini? Kelab? Kamu kata nak ludah ahli keluarga saya yang menatang kamu bagai minyak yang penuh.

“Keluarga saya mengorbankan perasaan mereka selama ini dan tutup mata dengan apa sahaja perbuatan kamu. Manusia jenis apa kamu ini?” Bertabahlah Bella. Sama-sama kita doakan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Sumber cari

Artikel berkaitan. Oktovia mengaku salah keluar dengan Aliff Aziz

“KEPADA Bella Astillah, saya tidak mahu menegakkan benang basah. Saya mahu minta maaf dengan apa yang berlaku,” tulis pelakon Oktovia Manrose di IG Story mengenai dakwaan yang mengaitkan dirinya terhadap kecvrangan Aliff Aziz, suami Bella.

Menerusi entri itu, Oktovia mengakui dia tidak sepatutnya keluar dengan suami orang dan memberikan apa-apa kenyataan mengenai kerana jelas dia yang bersalah.

“Apa yang berlaku memang sangat-sangat salah. Saya akui itu. Saya tidak patut keluar dengan suami orang. Saya tidak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana sudah terang saya yang salah.

“Saya tidak patut campur urusan awak dan suami. Saya tidak patut ceritakan hal rumah tangga awak. Saya harap awak dan Aliff boleh selesaikan dengan cara baik. Baik-baik bincang. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga. Amin, InsyaAllah,” katanya.

Anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menjelaskan dia berkelakuan sebegitu adalah disebabkan terkejut dengan kata-kata kasar daripada n3tizen.

“Tadi saya jawab begitu kerana terkejut dengan kecaman netizen sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan, tetapi memang patut pun saya dapat semua itu.

“Hari ini adalah hari paling besar dalam hidup saya. Hidup paling bersejarah. Tidak terfikir dan rancang semua ini berlaku. Tapi, ia sudah terjadi. Saya sedar ini kekhilafan dari saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap,” katanya.

Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku curang dengan Oktovia serta turut memuatnaik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan pelakon itu di sebuah kelab malam sebagai bukti.

Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku cvrang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah bersama.

Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *