Selepas Heliza Helmi Dan Adiknya, kini Ardell Aryana pula sanggup k0rban ny4wa sertai misi kemanusiaan

Selain penyanyi Heliza Helmi yang sering menyertai misi kemanusiaan, kini pelakon Ardell Aryana juga mula melibatkan diri menjadi aktivis untuk memberi bantuan kepada golongan yang ditimpa musibah.

Menerusi laman Instagram, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu memberitahu dia akan bertolak ke Kota Palu, Indonesia bagi membantu m4ngsa benc4na gempa dan tsun4mi yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Menurut Ardell, dia sepatutnya bertolak pada bulan Ramadan akan datang tetapi mendapat panggilan daripada Yayasan Dana Kebajikan Muslim untuk segera ke sana. “Saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini, sepatutnya saya akan ke Palu, Indonesia pada bulan Ramadhan nanti,” katanya.

Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia turut memohon doa orang ramai agar perjalanan di sana berjalan lancar dan daerah terbabit selamat daripada sebarang benc4na alam.

“Doakan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsun4mi yang dasyat seperti tahun lepas. Terakhir yang diberitahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku disana,” ujarnya.

Difahamkan kini Ardell sudah bertolak ke sana dengan memuat naik beberapa posting Insta Story berkongsi momen memeluk ibu dan ahli keluarganya.

Terima kasih mama, doakan saya!

Selamat pergi & pulang! Posting berkenaan mendapat pelbagai respons positif n3tizen yang rata-rata turut mendoakan agar segala urusan Ardell di sana dipermudahkan kelak.

Jaga diri ya Ardell!

Sumber : Ardell Aryana

Artikel berkaitan ‘Ardell Aryana kumpul kekuatan’

Biarpun ramai yang tahu tahap kesihatannya merosot, Ardell tetap dengan keputusannya untuk merahsiakan peny4kit yang dihidapinya daripada pengetahuan umum. PERNAH dalam satu tempoh yang panjang sekitar tahun lepas, pelakon bertubuh genit, Ardell Aryana dilihat sangat berhati-hati untuk berkongsi tentang hal peribadinya.

Hal ini kerana, selain dikhabarkan menghidap k4nser tahap tiga, Ardell juga berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada peminat mengenai keadaan kesihatannya. Tidak pernah memberi sebarang kata putus mengenai khabar angin tersebut, wanita berusia 29 tahun itu mengambil keputusan untuk terus bersembunyi dan mengunci mulut daripada membuat sebarang kenyataan rasmi.

Sehinggalah ditemui pada majlis tayangan perdana filem XX Ray 3 di ibu kota baru-baru ini, Ardell akhirnya menjawab tentang tindakannya merahsiakan soal kesihatannya sejak Mei tahun lalu.

“Saya bukanlah bersembunyi mahupun memencilkan diri daripada pihak media. Tetapi, saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri. Hal ini kerana, ada segelintir pihak media yang kurang sensitif dan bertanyakan soalan mengenai keadaan kesihatan saya tanpa berlapik. Mungkin ada orang boleh menerima cara tersebut, tetapi saya tidak boleh menerima cara sebegitu,” ujarnya.

Akui Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, keadaan kesihatannya merosot sejak tahun lalu, namun dia masih tidak terfikir untuk berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya itu bersama khalayak.

“Sejujurnya, saya diberitahu tentang penyakit ini sejak 2009. Doktor hanya mengesahkan tentang perkara ini dua tahun kemudian. Memang doktor mengatakan saya boleh pulih, tetapi tidak sangka pula sakit tersebut datang menyerang dengan tervk pada Mei tahun lalu.

“Jadi, menurut keluarga, adalah lebih baik cerita mengenai penyakit saya ini tidak diperbesarkan. Cuma, doakanlah supaya saya kembali sihat seperti sedia kala,” ujar Ardell yang masih menjalani rawatan susulan di hospital.

Mengenang kembali detik cem4s ketika penyakitnya datang menyerang, Ardell yang kelihatan sedikit cengkung daripada kebiasaan tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Air matanya mula menitis deras dan dadanya pula semakin berombak menahan sebak.

“Ketika itu, saya memang tidak boleh berjalan dan kaki berasa sejuk sehingga ke pusat. Ibu saya pula tidak putus-putus meminta saya mengucap dan ingat pada Allah. Memang saya fikir ny4wa sudah berada di penghujung. Tetapi, keluarga tidak berputus asa. Mereka tetap membawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Alhamdulillah, disebabkan pertolongan mereka, saya ada sehingga sekarang,” ujar Ardell yang kini sudah boleh berjalan. Berbicara mengenai keadaannya yang semakin kurus, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu mended4hkan, berat badannya susut mendadak.

“Sewaktu sihat, berat badan saya sekitar 46 kilogram. Tetapi, apabila diserang sakit, berat badan mula turun dengan banyak. Sehingga pada satu tahap, berat badan saya mencecah 27 kilogram sahaja. Saya sendiri sedih melihat dada saya yang hanya tinggal tulang, saling tidak tumpah seperti susunan tali gitar,” ujar Ardell sambil mengesatkan air mata.

Bersyukur kerana ibunya, Sawiyan Abdullah, 64, sentiasa berada di sisi, Ardell berkata, dia tidak mampu untuk melahirkan kata-kata betapa dia sangat menghargai pengorbanan ibunya ketika terlantar sakit.

“Ibu banyak membantu saya ketika saya sedang terlantar sakit. Apa sahaja makanan kegemaran saya dia akan masak, dengan harapan saya akan makan. Dia juga tidak malu untuk menyorong saya menaiki kerusi roda ketika saya tidak mampu berjalan. Disebabkan itu, jika ada rezeki, saya mahu membawanya menunaikan umrah pada tahun ini,” ujar Ardell lagi.

Jod0h

Melanjutkan bicara, Ardell turut meluahkan rasa syukur kerana sahabat baiknya, Nazmi Adhwa sentiasa berada di sisi. “Semasa sihat, mungkin ramai kawan-kawan berada dengan kita. Tetapi, apabila sedang sakit, tidak ramai yang mahu menumpang rasa sakit itu. Hanya Adhwa seorang yang berada dengan saya tidak kira masa dan ketika.

“Ada beberapa kali saya mem4ki hamvnnya, meminta dia tidak datang melawat saya ketika sedang sakit. Meskipun begitu, dia tetap melawat dan memberi semangat untuk terus kuat.

“Mungkin disebabkan dia juga, saya terus kuatkan hati dan percaya pada takdir Allah,” kongsi Ardell yang turut mengalami masalah kemvrungan sepanjang terlantar sakit.

Ditanya tentang j0doh dan adakah Adhwa dianggap sebagai lelaki yang bakal melengkapi hidupnya, ini jawapan Ardell: “J0doh itu rahsia Allah. Kalau j0doh datang, saya akan terima. Siapa saya mahu memilih apabila bercakap soal jod0h?

“Adhwa dan saya memang rapat, tetapi kami tidak pernah terfikir tentang semua itu. Kami hanya mahu melihat masing-masing bahagia. Jika Allah menetapkan bahawa saya akan berj0dohan dengannya, saya akan terima,” ungkap Ardell jujur.

Impian

Beralih bicara tentang perkembangan karier seninya, filem terbaharu lakonan Ardell iaitu XX Ray 3 bakal ditayangkan pada 24 Januari depan. Menurut Ardell, berlakon di bawah pengarahan Aziz M. Osman merupakan impiannya sejak dahulu lagi.

“Saya memang meminati naskhah XX Ray yang terdahulu. Dalam masa sama, saya juga meminati karya-karya Aziz M. Osman yang lain. Jadi, tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju apabila ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada pelakon dalam filem ini,” katanya.

Sungguhpun tawaran diterima pada saat-saat akhir, Ardell berbangga kerana dapat belajar perkara baharu sepanjang penggambaran XX Ray 3 yang diadakan di Jordan. “Saya menerima panggilan daripada pihak produksi pada pukul 11 pagi dan pada hari yang sama, saya terus terbang ke Jordan.

“Biarpun terlalu cepat dan saya tidak mempunyai banyak masa untuk membaca skrip, tetapi saya berpuas hati kerana dapat bekerja di bawah pengarahan Aziz M. Osman. Banyak perkara baharu yang saya belajar daripadanya terutama tentang terma-terma sains yang mungkin sukar didapati menerusi produksi lain,” kata Ardell mengakhiri bicara.

Selain Ardell, filem XX Ray 3 turut dibintangi oleh Izzue Islam, Nonny Nadirah dan Dazrin Kamarudin. Hampir setahun berdiam diri, Ardell Aryana akhirnya berbicara mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya. Sumber kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *