Selepas Suprise Dalam Pawagam, Eina Azman Kini Dapat Pulak Kek Bentuk Makanan Kegemeran, Terkejut Ada Musang King Betul Atas Kek

Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran buat pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenar Ainur Syakina Azman yang ke 24 tahun. Eina telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya. 

Menariknya, Eina telah berkongsi bersama peminatnya ketika dia telah menerima sebuah kek yang berbentuk durian dan petai sebagai hadiah daripada suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmett. 

“Assalamualaikum guys. Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake from @sweettoothville, cake durian and petai (two of my favorite food!).” 

“Thank you so much @sweettoothville team for the creative, delicious and beautiful cake! Yg penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi!” 

“If you guys nak order cake, do hit them up ok. Whatever design/character you like on your cake, they can make it happen” tulisnya. 

Oleh itu, perkongsian Eina ini telah menjadi perhatian netiz3n selepas melihat keunikan kek hari jadi Eina. MH mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 24 tahun buat Eina. Semoga Eina dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin

Untuk rekod, Eina Azman telah dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1995 di Temerloh, Pahang. Foto : Instagram Eina Azman via MH

Artikel Berkaitan tahun lepas “Eina teruja Aki, Tok nikah selepas 17 tahun bercer4i”

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih menggembirakan bagi pelakon, Datin Paduka Eina Azman apabila datuk dan nenek yang bercerai sejak 17 tahun lalu, mengambil keputusan berkahwin. Lebih menyentuh hati, majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan di sebuah pusat perubatan di ibu negara di mana datuk Eina menjalani rawatan akibat masalah kesihatan dan angin ahmar, sejak lima bulan lalu.

EINA bersyukur datuk yang dipanggilnya Aki dan nenek atau Tok, bernikah selepas 17 tahun berpisah. Eina berkongsi detik indah itu di Instagram, semalam. Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkongsi detik indah itu melalui Instagram, semalam.

Menurut Eina, keluarganya menyambut baik hasrat datuk dan nenek untuk bernikah semula dan menjaga diri masing-masing selagi hayat dikandung badan. “Kami menerima baik apabila Aki (panggilan untuk datuk) dan Tok (nenek) meluahkan hasrat berkahwin semula. Ini kerana mereka mahu menjaga satu sama lain hingga hujung nyawa.

“Biarpun Aki berusia 78 tahun dan Tok menginjak 68 tahun, mereka mahu mengimbas kembali kemanisan hidup sepanjang kira-kira 40 tahun berkahwin dulu. Apatah lagi, masing-masing tidak sihat dan ingin mengharungi detik ini bersama,” katanya kepada BH Online.

Majlis pernikahan ‘Aki’ dan ‘Tok’ disaksikan anggota keluarga terdekat yang masing-masing mengenakan pakaian tradisional bagi memberi semangat kepada pasangan pengantin. Selain Aki yang sakit-sakit, nenek Eina juga mengalami masalah serangan angin ahmar sejak 20 tahun lalu.

Menceritakan keseronokan majlis pernikahan itu, Eina berkata, datuknya, Abdul Rafar Din dan neneknya, Saudah Embong berpakaian sedondon rona kuning lembut. “Jodoh dan ajal semuanya ketentuan Allah… Kami sekeluarga mendoakan semoga perkahwinan semula Aki dan Tok ini mendapat keberkatanNya,” katanya.

Pada majlis pernikahan itu, pengantin masing-masing menyarung cincin dengan senaskhah buku tafsiran al-Quran menjadi hantaran. Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *