‘Siapa MB Ketika Itu. Siapa Beri Kebenaran’ – TMJ Respon Kes Pencemaran Sisa Kimia Di Johor

Gara-gara kesan sisa t0ksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, seramai 106 orang mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Setakat ini, jumlah keseluruhan pesakit seramai 207 orang sejak Khamis lalu. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi respon berhubung berhubung isu berkenaan.

TMJ menerusi Twitternya menegaskan pihak yang terlibat meluluskan projek berkenaan tidak akan dibiarkan terlepas. Tambahnya lagi, ini bukan masa untuk menuding jari kerana mana-mana pihak yang meluluskan projek itu perlu bertanggungjawab dengan kerosakan angkara mereka.

TMJ turut mempersoal siapa yang memberi kebenaran dan kelulusan beroperasi tanpa pandangan sultan. Dakwanya lagi, Singapura telah menolak projek itu tetapi diluluskan negeri itu.

Sultan Johor Sultan Ibrahim meluahkan kemurkaan baginda dan kesal dengan insiden yang berlaku di negeri itu apatah lagi memberi kesan terhadap murid sekolah dan orang awam.

Sedih dengan rakyat merana

Sumber: TMJ, Facebook TMJ ohbulan

Artikel berkaitan:Hati-hati, terlebih hidu gas metana boleh bawa mavt – Pakar

KUALA LUMPUR: Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara boleh membawa maut kepada orang awam, kata Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Razali.

Dr. Mohd Rizal, yang juga merupakan pakar dalam bahagian pengurusan kimia dan organik berkata, keadaan ini boleh berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.

“Agak berbahaya kepada orang awam sekiranya kandungan oksigen di dalam udara berada pada paras bawah 15 peratus. Ia boleh mengakibatkan pengsan dan membawa maut kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian terhidu gas dipercayai gas metana berikutan pembuangan bahan kimia secara haram berhampiran kawasan sekolah di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 7 Mac lalu, media tempatan melaporkan 1,400 pelajar di SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih diarah mengosongkan kawasan sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Khamis apabila beberapa pelajar muntah dan pengsan selepas terhidu gas metana.

Dilaporkan seramai 79 mangsa dirawat di hospital akibat pencemaran gas itu dengan empat orang, termasuk dua pelajar SMK Pasir Putih, seorang pengusaha kantin dan seorang pemandu ambulans masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mengulas lanjut, Dr. Mohd Rizal berkata bagaimanapun, kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.

Ditanya kenapa gas metana tersebut menyebabkan beberapa pelajar terbabit pengsan dan muntah, beliau berkata, “kemungkinan pelajar terbabit sebelum itu mengalami masalah fizikal seperti kesesakan nafas dan kedudukan mereka dengan kawasan tercemar adalah terlalu dekat.”

Menyifatkan bahawa gas metana memberi kesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, Dr. Mohd Rizal menjelaskan simptom-simptom awal yang boleh dikenal pasti sekiranya seseorang terhidu gas tersebut adalah sesak nafas dan muntah-muntah.

Katanya, antara lokasi yang boleh menyebabkan orang awam terdedah dengan gas metana adalah kawasan pelupusan sampah dan pusat penyimpanan bahan kimia. Namun, gas ini sukar untuk dikesan memandangkan ia tiada bau. Susulan itu, Dr. Mohd Rizal menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya berdepan dengan keadaan tersebut.

“Susah untuk mengenal pasti kewujudan gas ini. Apabila seseorang mengalami kesesakan nafas atau muntah, ini bermaksud kandungan oksigen yang diambil oleh mereka sangat berkurangan atau berlaku pencemaran udara. Saya sarankan supaya mereka menjauhi kawasan tersebut dan dapat rawatan segera kerana ia sangat berbahaya,” katanya.

Gas metana juga banyak digunakan dalam industri sebagai salah satu bahan bakar atau bahan yang menjadi campuran minyak bumi yang akan diolah menjadi bahan bakar ataupun bahan kimia yang lain. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk kegunaan harian seperti memasak. Astro awani

BAHANA GAS METANA

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pencemaran susulan pembuangan sisa toksik yang mengeluarkan gas metana di Pasir Gudang. Pendedahan kepada gas metana ini sangat membahayakan orang awam tidak kira dewasa mahupun kanak kanak. Mari kita kupas apa itu gas metana dan apa kesannya apabila terdedah kepada gas ini?

APAKAH GAS METANA?

Metana (atau Methane) ialah hidrokarbon paling sederhana yang berbentuk gas dan merupakan salah satu komponen utama gas asli. Metana tidak berbau, tidak berwarna, sangat mudah terbakar, dan mempunyai ciri asfiksian (asphyxiant) (mampu mengurangkan kadar oksigen dalam udara).

Namun demikian, untuk penggunaan komersial, gas metana kebiasaannya akan ditambah dengan bahan kimia lain, seperti Hydrogen Sulphide, untuk mengesan sebarang kebocoran. Kita dapat menghidu gas ini apabila kebocoran berlaku dan baunya adalah seperti telur busuk. Jika anda mencium bau ini, ia bererti konsentrasi gas metana sudah tinggi dan ianya membahayakan kesihatan.

APAKAH KESAN APABILA TERHIDU/TERDEDAH KEPADA GAS METANA?

Apabila kita terhidu/terdedah kepada gas metana dalam konsentrasi yang tinggi, fasa asfiksia (asphyxia) boleh berlaku di mana gas metana akan menggantikan gas oksigen di udara. Keadaan ini mampu menurunkan konsentrasi oksigen sehingga di bawah paras 15 peratus dan badan kita akan kekurangan oksigen kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi.

Kebanyakan orang mampu bertahan dengan pengurangan oksigen sehingga 16 peratus tanpa merasa sakit. Namun begitu, keadaan ini amat membahayakan dan perlu diberi rawatan segera. Kekurangan oksigen dalam badan akan mengakibatkan:

1. Sukar untuk bernafas, sesak nafas 2. Loya dan muntah 3. Pening kepala 4. Dehidrasi 5. Denyutan nadi meningkat 6. Lemah badan 7. Hilang kesedaran 8. Koordinasi badan semakin berkurangan

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pakai “face mask” dan cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri anda daripada kawasan yang menjadi punca kepada pengeluaran gas metana ini.

Kami doakan semua pelajar yang terkesan dengan gas metana ini cepat sembuh dan semoga keadaan pencemaran disana dapat dibendung dengan kadar segera. Sumber gambar: Google #FarmasiIdealShares #TeamINC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *