Solat di Hijir Ismail, hadiah buat tukang cuci Kaabah

KISAH seorang pemuda menjadi tul4r di laman Twitter apabila dipilih sebagai tukang cuci bulanan terbaik ketika melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan Kaabah. Pemuda dari Pakistan ini merupakan antara individu paling bertuah di dunia.

Menerusi sebuah posting, Kaykhusraw berkongsi sekeping gambar pemuda berasal dari Pakistan itu yang diberi peluang untuk bersolat di Hijr-Ismail sebagai ganjaran pekerja terbaik. Jika umat Islam lain berebut-rebut ingin memasuki Hijir-Ismail, dia diberi keistimewaan bersolat di dalam kawasan tersebut tanpa gangguan.

Menerusi entri tersebut lagi, lelaki bertuah itu adalah salah seorang pekerja yang bertanggungjawab membersihkan Kaabah.

He was from Pakistan. In the Kaaba, he was voted the most diligent cleaner of the month. They wanted to reward him money but he refused. Instead, he said he wanted to pray in Hijr-Ismail. The doors were closed, Hijr-Ismail was assigned to him and this image transpired.

Pemuda berkenaan berhasrat bagi memasuki Hijr Ismail berbanding memilih wang tunai sebagai ganjaran dan permintaannya itu ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Bukan itu sahaja, pintu di kawasan Hijr Ismail juga ditutup bagi membolehkan pemuda itu menunaikan ibadah dengan bersendirian. Rezeki dia.. Tiada nikmat kecuali jadi hamba yang taat…

Posting sama turut dimuat naik oleh PU Amin yang mengundang perhatian n3tizen bagi memberikan komen dimana rata-rata meluahkan rasa syukur dan memuji bertuahnya pemuda berkenaan dapat diberi peluang untuk bersolat di situ.

Cembvrunya! Allah mengangkat darjat beliau

Syukur kepada Allah!

Dia tahu duit hanya di dunia, ibadah kekal selamanya

Sumber kulihatlangitbiru & sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *