‘Suami saya ced3ra teruk’ – Isteri M4ngsa Kejadian T3mbakan Rambang Di New Zealand Mengharapkan Doa Rakyat Malaysia

“APA yang pasti suami ced3ra teruk, namun saya tidak tahu sama ada dia masih sedarkan diri atau sebaliknya. Ketiga-anak kami yang selamat kini dalam keadaan tr4uma dan ketakutan akibat ins1den itu,” kata Zurinawati Mohi, 48.

Dia adalah isteri seorang rakyat Malaysia, Mohd Nazri Hisham Omar, 46, yang parah dalam kejadian t3mbakan secara rambang di Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand, hari ini.

Zurinawati yang juga Pensyarah Fakulti Perhotelan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu sejurus tiba di Hatyai, Thailand atas urusan kerja, kira-kira jam 12 tengah hari ini.

“Selepas tiba di sempadan negara itu, saya terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang rakan sekuliah kami di New Zealand memberitahu mengenai ins1den berkenaan.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya segera menghubungi suami dan tiga anak namun tidak berjawab. Tidak lama kemudian, seorang daripada anak menghantar kiriman WhatsApp memberitahu keadaan mereka di sana termasuk suami yang c3dera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, suaminya menetap di Christchurch sejak Januari lalu dan bekerja di negara itu sambil menjaga tiga anaknya. “Ketika kejadian, ketiga-tiga anak iaitu Muhammad Haqiem Daniel, 17; Muhammad Hazieq Daniel, 13, dan Muhammad Hazriq Daniel, 9, berada di sekolah berdekatan lokasi kejadian,” katanya.

Kata Zurinawati, dia bersama anak sulungnya, Muhammad Haiqal Daniel, 19, akan pergi ke New Zealand secepat mungkin untuk melihat keadaan suami dan tiga anaknya.

“Namun, saya terlebih dulu pulang ke rumah kami di Shah Alam dan akan bertolak menerusi penerbangan di Singapura esok. Saya reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan doa rakyat Malaysia mengiringi kami sekeluarga,” katanya. Sumber hmetro

Artikel berkaitan. “T3mbakan selepas azan pertama”

“T3MBAKAN berlaku selepas azan pertama Solat Jumaat, kira-kira jam 1.40 tengah hari (waktu New Zealand) iaitu ketika orang ramai mula memasuki Masjid Al Noor. Jika penembak itu memasuki masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat, pasti lebih ramai yang akan terk0rban kerana masjid itu boleh memuatkan lebih 500 orang pada sesuatu masa,” kata pelajar Malaysia di Christchuch, Abdul Azim Shafi Rushdi, 21.

Ketika kejadian, penuntut tahun tiga jurusan kejuruteraan kuasa elektrik, Universiti Canterbury, itu sedang menunggu untuk solat Jumaat di surau di universitinya yang terletak kira-kira empat kilometer dari Masjid Al Noor.

Kata Abdul Azim, dia mendapat tahu mengenai ins1den t3mbakan itu menerusi rakannya dan tidak lama kemudian pihak universiti mengumumkan penutupan sementara operasi sebelum pelajar dibenarkan pulang iaitu kira-kira empat jam kemudian.

Katanya, mujurlah ketika kejadian berlaku, tiada penuntut Malaysia yang berada di dalam masjid berkenaan dan dua rakyat Malaysia yang ced3ra dalam insiden itu masing-masing sudah bekerja.

“Saya mengenali rapat salah seorang daripadanya (Rahimi Ahmad, 39) kerana dia sering menjemput penuntut Malaysia di universiti ini makan di rumahnya. Kejadian itu sememangnya mengejut semua pihak kerana Islam0fobia tidak pernah berlaku di New Zealand sebelum ini dan negara ini juga adalah antara negara paling selamat di dunia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Abdul Azim yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar Muslim Universiti Canterbury berkata, pihak Education Malaysia New Zealand (EMNZ) dan pejabat konsulat Malaysia turut mengemaskini perkembangan kejadian itu kepada semua rakyat Malaysia di sana.

“Selain itu, semua pelajar juga diminta supaya mengikut arahan pihak berkuasa supaya tidak menghampiri lokasi kejadian dan perkembangan daripada pihak universiti masing-masing.

“Kami juga sudah menghubungi keluarga di Malaysia untuk memaklumkan keadaan semasa kerana mereka turut risau selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja di New Zealand, Mohammad Habibullah Md Ali, 26, berkata, ketika ini semua penduduk Islam di New Zealand berasa takut, sedih dan tidak selamat untuk keluar selepas 1nsiden t3mbakan berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dia baru sahaja selesai solat Jumaat di sebuah masjid di Auckland, dan dua kereta polis tiba sebelum bergegas memeriksa keadaan sekeliling.

“Mereka memeriksa pintu masuk serta melawat sekeliling masjid. Salah seorang pegawai polis meminta jemaah supaya naik ke tingkat dua masjid itu sekiranya ada serangan berlaku dan menghubungi segera pihak berkuasa.

“Kami diberitahu, semua masjid di seluruh New Zealand kini berada dalam kawalan keselamatan polis dan penduduk Islam juga diminta sentiasa berjaga-jaga,” katanya. Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *