“Syukur Masih Ada Insan Yang Berhati Mulia”

Tanpa kita sedari apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini mampu menjadi satu ibadah. Begitu juga dalam menggembirakan dan menyenangkan orang lain. Membantu manusia lain juga adalah satu ibadah dan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Namun bagaimanakah yang dikatakan membantu orang lain itu adalah satu ibadah? Allah paling suka. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,

“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?” Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.

Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani). V!ral di media sosi4l vide0 dan gambar dua wanita terserempak dengan seorang wanita warga asing bersama anaknya dalam stroller dalam perjalanan ke Alor Setar.

“Alhamdulillah… Syukur Masih Ada Insan Yang Berhati Mulia. Yaya Hidayah dan rakannya pada ketika itu dalam perjalanan dari Taiping ke Bagan Serai, bagaimanapun tidak sampai hati melihat keadaan dua beranak itu, lalu memutuskan untuk berpatah balik untuk membantu mereka.

“Kasihan minah salleh ini. Kami dalam perjalanan balik dari Taiping nak ke Bagan Serai, terjumpa minah salleh ini berjalan kaki sambil tolak stroller baby yang masih menyusu badan. Kami patah balik untuk tolong sebab dia tahan kereta, tiada sesiapa yang nak tolong. Katanya nak pergi ke Alor Setar, tak ada duit, handphone hilang. Hanya bekalan yang ada sahaja. Katanya lapar, jadi kami belikan pizza untuk dia makan.

“Hmm, sedih tengok, kesian tengok. Kami hanya mampu hantar ke stesen bas Parit Buntar untuk pergi ke Butterworth, tukar bas untuk pergi ke Alor Setar,” kata Yaya. Sementara itu, rakan Yaya iaitu, Wanie, yang turut bersama ketika itu berkata, mereka pada awalnya mahu membawa dua beranak itu pulang ke rumah seketika untuk memberikannya bekalan, namun si ibu menolak kerana tidak mahu menyusahkan mereka.

“Saya bawa dia balik rumah sekejap, bagi dia air. Dia terharu sangat. Dia tetap cakap tak nak susahkan kami. Jadi kami decide hantar dia sampai ke stesen bas Parit Buntar untuk dia ke Butterworth.

“Yang sebetulnya, bekas suami tinggalkan dia dengan anak dia. Dia nak pergi ke Alor Setar, kemudian nak pergi ke Langkawi, apa tujuannya saya tidak tahu. Sama ada mencari bekas suami dia atau mungkin di Langkawi senang nak berkomunikasi dengan omputih Rusia seperti dia. Di sana kan ramai pelancong.

“Dia kata semalam ada orang tolong dia, tetapi dengan cara yang sama dia tahan kereta. Dia berada di Malaysia sudah seminggu. Jadi kami berharap jika ada sesiapa yang menjumpai beliau, tolonglah bantu. Jika anda tidak mengasihani ibunya, kasihanilah anaknya itu,” kata Wanie.

Di media sosi4l, n3tizn memuji usaha Yaya dan Wania yang sanggup berpatah balik untuk membantu dua beranak berkenaan meskipun ada segelintir n3tizen yang memberikan tanggapan negatf berikutan kes-kes sebelum ini.

Di dalam dunia ini, apa sahaja yang kita lakukan ada balasannya, baik atau buruk, kecil atau besar. Jadi jangan takut untuk berbuat baik, kerana selain amalan itu mulia, ganjarannya pasti besar dan berpahala. Ikhlaskan hati, buatlah kerana Allah. Dia pasti membalas dan memandang perlakuan kita. Apa lagi yang indah dalam dunia ini, selain mendapat keredaan Allah, bukan?

“Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari ki4mat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhir4t. Sesiapa yang menutupi 4ib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhir4t. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Muslim)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *