“Tak dapat terima hakikat” Uyaina Arshad hidap sakit j4ntung Walaupun Selama Ini ‘Okay’ Saja

Bulan lalu, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad terpaksa ditahan di wad selama beberapa hari di sebuah hospital swasta akibat mengalami tekanan darah rendah. Walau bagaimanapun menerusi laporan mStar Online, pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) itu mengesahkan dia mengalami masalah jantung.

“Sebelum ini saya memang kerap pengsan dan baru-baru ini juga saya ditahan wad sebab mengalami masalah tekanan darah rendah. Tapi pada mulanya saya ingatkan itu sahaja namun bila pakar kardi0logi membuat pemeriksaan jantung, saya disahkan menghidap sakit jantung.

“Memang terkejut dan tak sangka saya ada masalah jantung sebab sedangkan selama ini saya okey sahaja,” katanya.

Tambah selebriti berusia 26 tahun itu, dia seorang yang aktif bersukan pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana tidak dapat lagi melakukan aktiviti kecergasan.

“Saya memang tak dapat terima hakikat bila mula-mula dapat tahu saya ada sakit jantung. Sedih bila memikirkan selepas ini saya dah tak dapat nak melakukan aktiviti lain seperti sukan lasak. Tapi nak buat macam mana, saya kena terima juga,” ujarnya.

Sumber : mStar Online via omm

Artikel Berkaitan ‘Dari Pengacara Ke Pelakon, Uyaina Arshad Digelar Anak Emas?’

Setiap tawaran datang bersama kepercayaan yang harus disempurnakan dengan sebaik mungkin. Pengacara rancangan TV3 Nona, Uyaina Arshad semakin menempa nama dalam industri seni.

Dua tahun mengendalikan Nona, Uyaina berhijrah pula ke negara jiran, mencuba nasib di sana. Dia menyertai program Puteri Muslimah Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, dan lantas diumumkan juara.

Selepas itu, Uyaina mula dikenali dan sering menjadi pilihan stesen televisyen popular Indonesia, Indosiar untuk mengendalikan program terbitan mereka. Selepas memperoleh banyak peluang yang ditawarkan kepadanya, Uyaina digelar “anak emas” stesen televisyen itu.

Namun Uyaina berkata, “Sama seperti personaliti televisyen lain di sana, saya juga perlu berusaha keras mencari peluang. Saya tidak mendapat sebarang keistimewaan, apatah lagi persaingan di sana begitu sengit.”

“Saya akui, agak sukar menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Tidak mudah menghadamnya kerana di negara sendiri, cara pengacaraan kita lebih terkawal.” Menurut Uyaina, perbezaan itu memberikannya cabaran untuk menguji kreativiti minda supaya kemunculannya tidak ditenggelami pengacara lain.

Uyaina bakal kembali ke Jakarta bagi mengendalikan program Puteri Muslimah Indonesia 2019, seterusnya Akademi Sahur Indonesia 2019 pada Mei ini. Selain dilamar sebagai pengacara, Uyaina, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang Undang, juga memperoleh kesempatan mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan di sana.

Dalam perkembangan sama, Uyaina sedang menjalani penggambaran drama berjudul Curi-Curi Cinta, bergandingan dengan Aiman Hakim dan Zahirah McWilson. Menurut Uyaina, walaupun hanya memegang watak pembantu, drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu agak berat dan banyak bermain emosi.

Sumber: Instagram Uyaina dan Berita Harian via hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *