Tak Mekap Pun Cantik, Kongsi Penampilan Terbaru Pakai Bawal, Semoga Jihan Terus Istiqamah

Baru-baru ini kec0h BEBERAPA foto penampilan terbaharu pengacara Jihan Muse yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya menarik perhatian n3tizen dan yang paling terbaru Jihan berkongsi gambar pakai bawal dan tanpa mekap.. fuhh lawa

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, berkongsi beberapa keping foto dia memakai tudung bawal mencuri perhatian ramai di media sosi4l. “alhamdulillah rezeki hari ni…. nak g beli gormg pishang jap sebelum bonda off ti recording…”

“Hari ni kita buat tour kat Avisena Women’s & Children’s ..“I Can See Your Voice Malaysia kembali lagi…” Rata-rata pengikut di laman sosi4l memuji kecantikan Jihan memakai tudung dan mendoakan agar pengacara Bintang Minggu Ini untuk terus istiqamah dengan penampilan itu.

“Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah. Biar terpaksa membuat sesuatu perkara yang baik tu daripada tidak membuat langsung. Lama-lama yang terpaksa tu yang akan jadi biasa. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Amboi makin cantik dan berseri-seri Jihan pakai bawal”, “memang nampak muda tapi dah macam iras muka nabil girl version..”, “makin berseri walau tanpa mekap…natural”, “cantik jihan pakai tudung…semoga berkekalan.. “

“suka tengok jihanmuse mcmni”,“kak jihanmuse nampak macam budak sekolah lepas pakai tudung..mudaaa..comelllllll”. Sumber dari ig jihanmuse via SweetNutella

Masih belajar tutup aurat, Jihan harap istiqamah. Jihan Muse mengharapkan dirinya akan terus istiqamah sebaik mengambil keputusan untuk mengubah penampilan dengan menutup kepala. Pengacara dan pelawak itu bagaimanapun mengaku imej barunya itu masih belum sempurna dan sedang berusaha untuk belajar berhijab.

“Anggap saja perubahan ini sebagai permulaan, tetapi sudah pasti saya mengharapkan yang terbaik. Saya tidak tahu sekuat mana iman apabila berdepan dugaan nanti. Disebabkan itu, saya belum mempunyai kekuatan untuk mengatakan sudah berhijab kerana cara saya menutup aurat belum sempurna.

“Saya bermula dengan menutup kepala kerana masih meletakkan diri dalam proses pembelajaran,” katanya seperti dipetik BH Online. Jihan Muse atau nama penuhnya Nur Jihan Musa dilihat muncul di khalayak ramai dengan imej bertudung sejak akhir bulan lalu.

Jihan, 35, berkata, hasrat untuk berhijrah sudah lama terdetik, namun belum dapat membulatkan hati dengan sepenuhnya. Bagaimanapun, semasa ikut sama menjayakan misi kemanusiaan di Palu, Indonesia, keinginan untuk berubah semakin membuak-buak. Ia terutama ketika tul4r cabaran perbezaan 10 tahun di media sosi4l.“Saya berharap dengan perubahan ini, doa insan berhati mulia di luar sana akan dimakbulkan dan saya terus istiqamah menjadi Muslimah, ibu serta isteri yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi suaminya, Jihan berkata, Ungku Hariz Faizal amat terkejut apabila melihat perubahannya semasa mereka bercuti di Osaka, Jepun, baru-baru ini. Kata Jihan, suaminya menyangka dia memakai skaf kerana cuaca sejuk di negara itu. “Tetapi, apabila masuk hari kedua dan saya terus menutup kepala, baru dia bertanya apakah saya serius mahu bertudung.

“Sudah tentu sebagai suami, dia mahu saya membuat perubahan dengan hati yang ikhlas dan bukan main-main. Disebabkan itu saya belum berani mengatakan saya sudah berhijab, tetapi saya sedang berusaha untuk berubah perlahan-lahan,” katanya. Jihan dan suami berkahwin pada Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Ungku Arsalan Haq pada 26 Januari 2018. Sumber malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *