Tayang Kekasih Hati Yang Terbaru, Farah Lee Minta Restu

Bekas isteri kepada personaliti TV3 Ally Iskandar, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli merupakan seorang yang bijak bermain dengan kata-kata dan seorang yang menghiburkan. Apa sahaja yang dimuat naik olehnya ke akaun media sosi4l terutama sekali Instagram tidak pernah gagal menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan kehidupan peribadi si cantik manis ini.

Biasalah, orang kata gurau-gurau dahulu manalah tahu kemudian menjadi kenyataan kan. Dek kerana Farah Lee memuat naik gambar bersama seorang jejaka bermata biru, ia telah mengundang perhatian n3tizen.

Seringkali bergurau mahu mencari jodoh lelaki berbangsa asing dan bermata biru, semalam Farah mengemas kini akaun Instagram miliknya dengan berkongsi gambar bersama seorang jejaka yang memiliki ciri-ciri yang diingininya. Farah yang juga gemar membahasakan dirinya sebagai Omma, secara berseloroh bertanya sekiranya para pengikutnya merestui ‘hubungan’ mereka.

“Jadi macam mana ni korang? Restu ke tak?,” tulis Farah di ruangan kapsyen.

Pertanyaan Farah tersebut berjaya mendapat pelbagai reaksi yang rata-ratanya merestui Farah bersama jejaka kacak yang dikenali sebagai Arthur Milroy Rashid itu.

Wah, kalau betul ada jodoh apa salahnya. Farah pun cantik orangnya. Lagi pula Arthur sudah biasa dengan kehidupan dan cara hidup masyarakat Malaysia umumnya dan Melayu khasnya.

Rata-rata komen pengikut yang mengikuti akaun Instagram wanita berusia 30 tahun ini, teruja dan ‘merestui’ melihatkan gambar Farah yang tersenyum manis di samping Maream dan jejaka bernama Arthur Rashid.

Namun rupa-rupanya, Farah Lee dan Arthur hanyalah bekerjasama menjayakan sesi penggambaran bagi koleksi baju raya di United Kingdom. Sumber MHE TV & Cari

Artikel berkaitan. Menyesal Kahwin Dengan Ally Iskandar? Ini Jawapan Farah Lee

Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee akui tidak pernah menyesal berkahwin sebelum ini walaupun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama. Farah memberitahu Ally seorang bapa yang baik dan bertangungjawab kepada anak mereka, Maream Esabell, 4, sehingga kini.

Malah Farah gembira hubungan mereka masih baik walaupun sudah berpisah kerana lebih selesa berkawan.


“Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.?
A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua.. Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha

“Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.?

“Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ,” tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Farah dipertemukan jodoh segera supaya Maream menerima kasih sayang seorang ayah. Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 4. Sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *