“Terkejutnya Aku Bila Mak Dia Kata ‘Baru 13, Sedar Diri Sikit’…” – Marissa Malu Bila Abby Bagi Ucapan Hari Lahir Tarik Perhatian Ramai!

Pasti ramai mengenali dengan anak perempuan kedua Abby Abadi dalam perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim. Marissa Dania yang juga pernah menjadi viral kerana memiliki wajah yang cantik seperti ibu dan ayahnya itu.

Baru-baru ini, Marissa menjadi perhatian apabila Abby menyakat anaknya mengenai anak angkat yang diambil dan ia tanpa pengetahuan Marissa namun kali ini pula sempena menyambut hari jadi yang ke- 13 tahun pada hari ini, Marissa sekali lagi diusik oleh Abby.

Kelihatan menerusi video, Abby yang merakam telatah Marissa yang sedang malu-malu apabila Abby memberi ucapan buatnya namun lucunya pula Abby mengusik tentang umur Marissa yang baru sahaja 13 tahun.

Video berkenaan yang telah dimuat naik dilaman sosial Instagram milik Abby, ia telah mendapat lebih 200k tontonan dan rata-rata netizen turut mengucapkan ‘selamat hari jadi buat Marissa’ namun anak Abby dan Norman ini tidak dapat lari daripada pujian netizen.

#1

#2

#3

“Sanah Helwah Adik @marissadania. Semoga menjadi hamba ALLAH, anak, adik & kakak, cucu & sahabat yg lebih baik lepas2 ni ye. Sorry Mama tak sempat nak buat apa2. Ucapan pun tak sempat nak tulis panjang2. Tangguh ke 14hb July ye…Love U Lillahi Taala Adik Sayang.”

TONTON VIDEO :

Komen N3tizen :

Alahai anak dara die comey lotey.. Baru 13 tahun tapi dah nampak dewasa

Sumber : Instagram Abby Abadi

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Sumber: Kaki Kecoh

Artikel Berkaitan. Kecantikan Anak Norman & Abby Jadi Perhatian Ramai

RUMAH TANGGA mereka pernah musnah suatu masa lalu, malah kehidupan mereka masing-masing diduga dengan pelbagai ujian, namun kini pelakon Norman Hakim dan bekas Isteri Abby Abadi boleh dikatakan sampai ke fasa bahagia.

Mereka kini hidup dalam harmoni dalam sebuah keluarga besar bersama anak dan pasangan masing-masing, Norman dikurniakan dua anak dengan Memey Suhaiza manakala Abby kin isteri kepada Muhammad Faizal.

Satu sikap yang orang pandang tinggi kepada mereka berdua adalah mereka berjaya mengekalkan hubungan baik meskipun telah bercerai demi menjaga perasaan dan kebajikan tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.

Baru-baru ini Abby Abadi dan suaminya membawa ketiga-tiga anaknya itu melancong ke Turki sambil mengiringi anak sulungnya Danish Hakim yang menyambung pelajaran hafazan di sana.

Abby banyak berkongsi foto-foto mereka sekeluarga di Turki dan yang paling menarik perhatian netizen adalah kecantikan dan kelembutan wajah anak keduanya, Marissa Dania yang baru berusia 13 tahun.

Marissa dipuji kerana kelihatan amat matang dari segi rupa paras dan juga cara pembawakan dirinya. Malah percakapannya juga amat berlemah lembut. Lihat foto-foto anak gadis Norman dna Abby di bawah:

Ramai anak gadis sebayanya mencemburuinya sudahla pandai mengaji Al-Quran pula tu, lepas ini pasti susah Abby dan Norman nak memilih calon menantu. –LUBUKCERITA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *