Tiada Tekanan, Azhan Rani reda jika tiada jodoh

“SOAL jodoh, rahsia Allah. Buat masa ini, apa yang sudah tertulis, saya belum bertemu j0doh,” kata pelakon Azhan Rani, 43. Pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Nur 2 ini berkata, setiap manusia itu sudah ditetapkan Allah perjalanan hidup sendiri dan masing-masing sudah ada bahagiannya.

“Walaupun suatu ketika saya pernah rancang nak hidup bahagia seperti orang lain tetapi perancangan manusia takkan dapat mengatasi aturan Allah. Pada usia melewati 40-an ini sebenarnya Allah sudah memberi kesedaran kenapa masih tidak memiliki isteri dan anak lagi.

“Semuanya bersebab dan yang penting perkara ini (perkahwinan) tidak lagi menjadi tekanan kepada saya kerana sudah reda,” katanya. Azhan berkata, dia melihat ada tugas dan tanggungjawab lebih besar buat dirinya daripada terus memikirkan soal j0doh dan perkahwinan.

“Namun, seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu j0doh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan. Bagaimanapun, jika di dunia ini saya tidak bertemu j0doh hingga ke akhir hayat, saya tetap yakin Allah pasti menjanjikan yang lebih baik di sana (akhirat) nanti. Saya reda,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai wataknya sebagai Ustaz Syed Hamadi dalam Nur 2 yang kekal dengan watak jahat, Azhan selesa berpandangan positif. “Saya tahu k0men penonton yang masih melihat perangai Syed Hamadi tidak berubah serta dilabel sy4itan, itu bermakna lakonan dipersembahkan berkesan.

“Apapun, itu sekadar lakonan yang mana segala yg baik itu diambil sebagai iktibar dan sebaliknya pula dijadikan sempadan,” katanya. Drama Nur 2 arahan Shahrulezad kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 jam 10 malam. Selain Azhan, ia dibintangi Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar dan Azar Azmi. Sumber hmetro

Artikel berkaitan ‘Azhan Rani Gemar Bersendiri Di Kebun?’

Cukup terkenal dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur, lakonan beliau pasti membuatkan penonton geram. Tetapi itu hanya lakonan dalam drama sahaja tau! Di luar, pelakon Azhan Rani bukanlah seperti yang kita lihat di dalam drama tersebut.

Gemar melakukan aktiviti lasak, Azhan memaklumkan dia sudah menawan beberapa gunung dan bukit terkenal sebelum ini. “Saya berjaya menawan puncak Kinabalu pada 2015 dan kali kedua, 2016. Tetapi sebelum itu saya pernah ke Bukit Broga di Semenyih, Selangor diikuti Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia pada 2014,” katanya.

Pelakon ini juga antara yang dikenali sebagai artis low profile. Menurutnya, dia lebih suka duduk di tempat yang mendamaikan jika tidak ke set penggambaran. ”Jika tak mendaki, saya banyak menghabiskan masa di kebun arwah bala di Kuala Kubu Bharu.

“Kawasan kebun itu berbukit dan suasananya sangat mendamaikan jiwa. Saya selalu sendirian di situ,” katanya. Dalam perkembangan lain, Azhan juga sibuk di lokasi penggambaran drama Sembil9n terbitan usaha sama produksi Malaysia dan Indonesia.

Drama 10 episod arahan Razaisyam itu membariskan pelakon Malaysia lain seperti Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Zaidi Omar, Sara Ali dan Azman Abu Hassan. Manakala pelakon dari Indonesia pula Roy Marten, Atiqah Hasiholan, Endith Bubi dan Haydar Salishz.

Manakala filem pula, Azhan membintangi Bikin Filem arahan Mohd Latiff Zami. Sumber IG: Azhan Rani via xtra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *