Uruskan may4t adik sendiri, abang bomba tak dapat tahan sebak.

Walaupun sudah hampir tiga minggu berlalu, anggota bomba Kholid Abu Kasim masih terkesan dengan pemergian adiknya Rarzalina Abu Kasim yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 10 Mei lalu.

Lebih memilukan apabila insiden tersebut hanya disedari olehnya selepas melakukan kerja pembersihan di lokasi kejadian sebelum menemui kad pengenalan adik perempuannya itu.

Personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi sebuah video di laman Twitter yang memaparkan temubual anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut itu menerusi program Malaysia Hari Ini.

Video:

“Bayangkan anggota bomba ini menguruskan may4t yang terlibat dengan kemalangan. Hujung2 baru tahu may4t itu adalah adik kandungnya.

“Luluh hati, semoga mereka sekeluarga tabah,” tulisnya sehingga posting tersebut tular di Twitter.

Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Kholid menceritakan kembali detik kejadian berkenaan sehingga tidak dapat menahan sebak apabila teringat kembali peristiwa menyayat hati itu.

Kholid menahan sebak…

Salam takziah untuk arwh adiknya…

Posting berkenaan mendapat lebih 26,000 ulang kicau dan hampir 18,000 tanda suka dengan pelbagai komen yang rata-rata turut mengucapkan takziah serta meluahkan rasa sedih mereka.

Komen Netizen

Allah, sedih tak terucap. semasa adik saya men1nggal 16 Mac lalu pon betapa sedih waktu tu sebak tengok ayah, mak, tok dan tokwan yang menangis sebab adik saya istimewa. inna lillahiwa inna ilaihiro ji’un

Semoga Allah mengangkat darjat seluruh anggota Bomba yg telah, sedang dan akan berkhidmat dan menjalankan tugas mereka dgn ikhlas dan sabar.

Tahan punya tahan, terkeluar jugak airmata aku ni .. Hmm salam takziah buat keluarga m4ngsa.. Semoga arwh ditempatkan bersama org2 beriman

Al Fatihah… arwh peminat MHI. Moga perginya di bulan mulia, dikurniakan husnul khatimah

Sumber : Ahmad Fedtri Yahya , Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *